KANGKUNG GORENG BELACAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...

BUNTU petang semalam gara-gara semua orang tak ada idea nak masak apa.  Dah jadi kelaziman,  setiap kali Encik Rizar mengambil Iman balik sekolah,  mereka akan berbincang nak makan apa untuk makan malam.  Tapi semalam,  Iman kata,  babah kata tengoklah nanti. Tak banyak stok bahan mentah ada dalan peti ais,  cuma daging dan sotong. 

Jadi,  masa balik Sk buat keputusan untuk masak Sotong Padprik dan masak sayur asparagus aje.  Iman pun mesej la ER bagitahu rupa-rupanya ER menambah kerja.  Dibawanya balik Sayur Kangkung dengan udang.  Udang suruh goreng kunyit,  kangkung apalagi,  goreng belacanlaaaa... 


Kangkung Goreng Belacan

1 ikat kangkung
(bersihkan,  siang,  batangnya dibelah dua sebelum dipotong) 
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah hidup*
2 sudu belacan hancurkan dengan sedikit air menjadi pes
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga sebati. 
3. Masukkan pes belacan,  tumis hingga benar-benar sebati
4. Masukkan kangkung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati dengan rencah. 
5. Masak 4 - 5 minit,  matikan api dan bolehlah dihidangkan. 

Nota : Tak perlu letak garam sebab belacan dah masin
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh eh ni menu dinner dua hari lepas! Macam sama tarikh je! Hahahaha!

    ReplyDelete
  2. Lama tak memasak ni, dah gian..
    Dah balik Johor ni apalagi, asam pedas lerr hehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!