SIRLOIN STEAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
Assalamualaikum...


JUADAH makan malam Sk sekeluarga semalam,  Sirloin Steak dengan side dish yang banyak 
😁😁😁

Ialah,  kalau makan di kedai,  biasanya cuma ada dua side dish jer kan,  ni..  Bila masak sendiri ikutlah kerajinan berapa banyak side dish yang kita nak sediakan dan letak atas pinggan. 

Kentang Goreng antara side dish yang wajib - Sk goreng dalam airfryer semasa membakar steak.
Sebab terlalu sukakan salad, Sk letak dua jenis coral salad iaitu salad hijau dan salad merah.  Rendam salad dengan air yang diletakkan cuka dan garam supaya benar -benar bersih kerana ia dimakan mentah. 
Hidangkan salad bersama tomato ceri dan dressing yang enak. 
Sk juga ada carrot,  brokkoli dan asparagus. 
Ketiganya ini dibersihkan dengan kaedah sama mencuci salad,  kemudian didihkan air. 
Rebus carrot dahulu selama 5 - 6 minit. 
Brokkoli dan asparagus 2 - 3 minit. 
Toskan kesemuanya dan gaulkan bersama mentega,  percikkan sedikit serbuk lada hitam. 


Tugas memerap dan memanggang steak diserahkan kepada Encik Rizar. 
Perapkan daging bahagian sirloin dengan sedikit garam,  serbuk lada putih dan serbuk lada hitam sebelum memanggang.  
Sentiasa jaga steak atas kuali supaya tidak melengkung ketika dipanggang.  Panggangkan 5 - 6 minit di setiap bahagian sehingga masak mengikut citarasa anda.  Jika kami,  lebih suka medium well, steak masak sempurna berjuicy. 

Untuk sosnya,  Sk panaskan sos barbeque heinz dan tambah setengah cawan susu.  Gaul atas api kecil sehingga panas kemudian curahkan ke atas steak. 

Apakah Sirloin? 
Sirloin adalah bahagian daging lembu yang terletak di bahagian atas belakang lembu sebelum bahagian kaki. 
Sirloin adalah bahagian yang sedikit berlemak yang mana lemak itulah memberikan rasa juicy ketika dinikmati.
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amboi hidangan macam kat restorenlah Seri, meleleh ayaq lioq kaknoor lah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!