NASI GORENG TOMYUM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


TAK sedar sejak bila Nasi Goreng Tomyum menjadi fenomena yang pasti jika Sk membawa Iman makan di Warung Tomyun inilah menu yang menjadi pilihan sekarang ini. 

Semalam petang,  dia kata lapar sangat,  boleh tak nanti masakkan Lauk Lemak Telur aje. Sk pulak teringat nasi lebih banyak,  jadi Sk kata buat Nasi Goreng Tomyum ajelah,  laju-laju dia mengangguk
😂😂😂

Mudah sangat memasak dengan menggunakan Thai Tomyum Paste ini. 
Cuma panaskan minyak,  tumiskan bawang putih cincang,  paste tomyum, daun limau purut, kemudian masukkan daging atau seafood, goreng hingga daging masak,  pecahkan telur dan tunggu bahan sebati sebelum digaulkan dengan nasi. 
Kalau ada kacang panjang pun sedap ni bagi rangup-rangup kan. 

Nak pedas,  ketukkan lima enam biji cili api dan campak dalam kuali. 
Berpeluh-peluh makan
😁😁😁

Siapa nak dapatkan paste Tomyum ni bolehlah menghubungi agennya
Pn Eda +601127390866

Atau boleh singgah blog beliau DI SINI
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaa kak..saya pun suka nasi goreng tomyam..first time makan beberapa tahun lepas kat food arena, aeon taman u tu..lepas tu terus jatuh cinta dan buat sendiri kat rumah..tak sangka nasi pun boleh ditomyamkan..haha

    ReplyDelete
  2. Kalau letak hirisan daun lmau, lagi sedap...atau bunga kantan...
    Tapi faham-faham ajelah kan, budak-budak mana nak makan segala benda alah tu hehehehe..

    Pes tu memang sodap..

    ReplyDelete
  3. tu kalau masuk segala mak nenek seafood lagi sedap tu...yummy....

    ReplyDelete
  4. Iman makan tak ingat kak ain letewwww...hahahhaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!