Assalamualaikum...
DAH beberapa kali teringin nak makan Chim Chum setiap kali berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang, namun kepadatan agenda membuatkan niat untuk berchim chum asyik tak kesampaian. Jadi, apabila Encik Rizar bagitahu ada kedai Chim Chum dibuka di Kampung Melayu Majidee, Sk terus setuju untuk ke sana.
Sebenarnya, sebaik sahaja sampai ke kedai ni Sk agak terkejut juga kerana ianya tidak seperti yang Sk bayangkan. Lot kedainya comel sangat dan hanya memuatkan beberapa buah meja. Ada dua meja yang telah diduduki pelanggan dan memang tak banyak meja yang ada pun. Sk meninjau dulu ke dalam kedai melihat bahan chim chum. Sama aje dengan kebanyakan restoran steamboat yang biasa Sk pergi cuma kuantitinya lebih kecil. Tapi semua yang kita nak ada aje dan dengan harga RM19.90 per pax ianya ternyata cukup berpatutan.
murahnya kan...kalau ikutkan masak guna arang lagi sedap dari pakai gas tu kan SK...
ReplyDeletecara makan makan steamboat juga la eh mak inche? hehehe
ReplyDeletekakkk...terliur iols menengok segala jenis cekedis tepi kotak aiskrim tu
ReplyDelete