DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM BUDU

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...

ATAS permintaan Iman, semalam Sk buatkan Daging Bakar Cicah Air Asam Budu.  Kalau buat air asam ni tak boleh buat sikit sebab dia buat macam makan nasi dengan gulai 😂😂😂

Sambil tu panaskan lauk-lauk kelmarin yang tak habis,  Ayam Masak Kicap dan Sotong Sambal. Alhamdulillah,  kosong peti sejuk bila semua lauk dah dihabiskan 
😁😁😁


Resepi Air Asam Budu :

2 jemput asam jawa
1 1/2 cawan air masak
1 biji bawang besar (didadu) 
9 biji cili padi hijau (hiris) 
2 biji cili padi thai (hiris)
1 biji tomato (didadu) 
2 sudu besar budu
1 1/2 sb gula
1 biji perahan jus limau nipis

Perah jus asam jawa dahulu - tapiskan
Air asam jawa tadi campurkam dgn bahan2 lain,  ramas guna tangan (guna glove)
Buat sekurang2nya 1/2 jam sbelum hendak dihidang supaya rasanya sebati
Boleh letak hirisan daun ketumbar jika ada
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya.. Menarik untuk dicuba..
    Tapi cicah budu plak ke Sk

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak..rasa nak cari daging lak esok..hahahha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!