MENGOPI DI SDS CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

CERITA pasal makan lagilah,  belum cuti sekolah tak adalah cerita jalan-jalan. Ini kisah Isnin lepas, hajatnya nak mengopi di SDS.  Sejak akhir-akhir ni memang giler sungguh mengopi.  Pernah dalam seminggu bertukar-tukar tempat mengopi,  tu belum lagi bancuh kopi di rumah.  Ni tetiba nampak perut macam makin besar jer,  insoffff terus,  hahaha.


Iman dan Iced Cappucino. 
Memang dia tunggu aje babahnya ada bola supaya dapat mengepau bonda ke cafe kegemarannya ni. Sebab apa?  Sebab babah tak minat makan di cafe-cafe macam ni.  Nanti ada aje omelannya ini tak kena,  itu tak kena,  ini tak sedap,  itu tawar,  ini masin,  matcham-matcham.  Jadi,  pergi berdua dengan bonda,  baru aman 
😆😆😆


Hot Latte untuk Sk. 
Lepas tu tanya Iman,  nak kek tak? 
Laju-laju dia mengangguk. 
Memang tak sah ke SDS tanpa menjamah seketul Red Velvet Cake. 


Grilled Chicken Chop Baked Spaghetti dan Mushroom Bruchetta.
Sk suka giler dengan Mushroom Bruchetta ni.  Ia merupakan hidangan roti peranchis  yang dihidangkan bersama mushroom soup.  
Hidangan pembuka selera ni kena makan cepat-cepat sebab roti tu memang dah dicurah siap-siap dengan sup cendawan. 


Fish & Chips 
Terdapat tiga pilihan ikan iaitu Dory,  Talapia dan Salmon.  Sk pilih dory sebab paling murah 
😑😑😑
Tengok dalam gambar kecik aje sekali sampai terkejut terus tengok besar gedabak. 
Tak habis sebab kenyang makan Mushroom Bruchetta.
Terus suruh staf SDS tapaukan,  esoknya Iman bawa bekal pergi sekolah. 


Errrr... Mengopi ke ni??
😂😂😂

Seperkara menyebabkan Sk suka tentang SDS. 
Servis cepat dan pantas,  makanan sedap dan harga berpatutan.  Macam mana kita tengok gambar makanan tu dalam buku menu,  macam tulah rupanya bila sampai pada kita,  bukan sekadar indah khabar dari rupa. 
Jom ke SDS* berhampiran anda. 

*Johor sahaja
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Errr RV Cake oiii my peberet!!!
    Kita pun suka sangat-sangat makan kat sini..Kalau Suami lagi le suka hahaha..
    Harga pun tak mahal dan presentation dia tu yang menarik..
    Dulu hingga kini selalu upgrade!

    ReplyDelete
  2. eiii teringin pulak nak makan spaghetti dia bila tengok gambor baked spaghetti tuuu!

    ReplyDelete
  3. salam

    ikan dory is better than the rest. sebab wild bukan farmed. Salmon farmed tak elok sangat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!