AYAM MASAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...


BILA ada dua orang dalam rumah yang selera tak sama,  terpaksalah Sk masak dua kali semalam.  Petangnya  Nasi Goreng Tomyum dan malamnya masakkan pulak Ayam Masak Kicap ni untuk Encik Rizar. 

Jadi,  agak-agak Sk makan yang mana? 
Haaa..  Pandai...  Makan dua-dualah gamaknya
😶

Ayam Masak Kicap ni antara menu yang jarang-jarang sangat Sk masak. Sebab dulu ER kata dia tak minat.  Iman pulak memang tak minat apa-apa makanan ada kicap kecualj sambal kicap 
😁😁😁

Ayam Masak Kicap

Ayam diperap garam kunyit dan digoreng dahulu hingga masak

Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Biji Pelaga
Bunga Cengkih
Ditumis

Masukkan sebiji bawang dipotong bulat
Setangkai lada hidup dihiris
Tumis lagi

Masukkan setengah cawan kicap lemak manis
Setengah cawan air
Biar mendidih
Masukkan ayam digoreng
Dan lada hitam ditumbuk kasar

Kacau rata
Siappp! 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau versi Saya, anak dan suami suka rencah semua di blender..
    Orang jawo kata 'semur' hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kan, semur lagi berempah. Ni rasa seakan semur jugak tapi ko jgn ckp ni masak semur nanti terus dia tak jadi makan 😁😁😁

      Delete
  2. Wow siap letak lada hitam gitewww....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!