Assalamualaikum...
SESI pecut menjelang SPM telah bermula. Sejak dua tiga minggu yang lepas, selain dari kelas tuisyen setiap Jumaat petang, kini Iman juga terlibat dengan kelas tambahan yang diadakan guru di sekolahnya. Malah, sepanjang cuti sempena Deepavali ini juga Iman perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah. Encik Rizar pula dah tak ada lagi sesi 'cover' bola jadi memang kami sentiasa berdua menghantar dan mengambil Iman. Selepas menghantar Iman, tentunya makan yang dicari, apa lagi?? 😂😂😂
Soto Perdana Skudai Kiri nama dalam lokasi.
Warung soto ini memang teramatlah femes, masuk Majalah 3 dan Jalan-jalan Cari Makan. Rempah sotonya sungguh berasa bukan sup semata. Cuma sambal kicap tu bagi Sk tak begitu power. Letak sikit tak rasa, makin banyak letak makin rasa kicap dan manis, rasa pedas tak ada.
Soto di sini terdapat dalam beberapa saiz.
Nak ayam banyak macam dalam mangkuk Sk tu mintaklah double, harga pun double.. Tapi puaslah dapat makan ayam banyak 😆😆😆
Kalau nak datang ke sini jangan lambat. Pukul 10 pagi biasanya dah wassalam. Datang awal nasib baik dapat meja awal, nasib tak baik kena tunggu orang lain habis makan.
😁😁😁
Tak tahulah berapa punya awal orang lain sampai tu kan.. Hahaha.
SK pernah cuba soto warisan wat patoni di pasar taman dahlia?
ReplyDelete