SOTONG PADPRIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH,  
akhirnya tiba juga masanya bagi Iman menduduki peperiksaan yang bakal menentukan hala tujunya. 
Disebabkan Iman ni badannya memang tinggi tak sepadan dengan usianya sejak dia memasuki sekolah menengah boleh dikatakan setiap tahun ramai yang ingat dia Tingkatan Lima.  

Jadi,  setiap kali musim SPM bermula mesti ramai yang ingat Iman nak ambil SPM dan paling kelakar setiap kali keputusan keluar,  ramai pulak bertanyakan result Iman.  Penat jugak Sk nak jawab yang Iman belum ambil periksa lagi. 

Jadi,  kali ni Iman betul-betul periksa SPM. 
Puas hati den! 
😀😀😀



Masak Padprik adalah antara lauk yang menjadi kegemaran Iman.  Tak kisahlah guna ayam ke,  seafood ke,  memang dia suka.  Jadi,  kalau tak ada idea nak masak apa,  dia bagi idea untuk masak padprik jer.
Masak papdprik ni tak payah ikut aturan resepi sangat sebenarnya kan,  kita main campak-campak aje,  tu yang best tu. 


SOTONG PADPRIK

500 gm sotong dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis
4 - 5 ulas bawang putih
2 - 3 hirisan halia
3 -4 sudu Sos Cili 
2 sudu Sos Tomato
2 sudu cuka
2 sudu gula
1 biji bawang besar potong baji
5 - 6 biji cili padi dipecahkan
3 - 4 helai daun limau purut disiat
Sedikit sayuran seperti carrot dan bunga kubis

Cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan sos cili dan sos tomato,  kacau sebati,  tambahkan sedikit air jika agak pekat. 
3. Masukkan sotong dan sayuran yang keras,  kacau sekejap. 
4. Masukkan cuka,  gula,  daun limau purut dan cili padi. Tunggu sayur empuk sedikit. 
5. Masukkan sayuran yang lembut. 
6. Kacau sebati,  siappp! 

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai mengancam jiwa dan raya ni sotong ni Seri
    sabo dulu lah esuk lusa cari sotong hehe

    ReplyDelete
  2. mengancamnye sotong masak paprik kak seri..
    good luck buat iman.. akhirnya iman amik spm jugak.. hehe

    ReplyDelete
  3. My fevret jugak ni..kalo duduk sebelah iman, agaknya berebut nak makan 😂

    ReplyDelete
  4. Goodluck buat Iman ya Kak..
    Ni kalo makan , nak jawab soklan esok hari pun tangan macam sotong, kan Imann kan hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!