KEROPOK LOSONG SKUDAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

DI SUATU Petang,  dengan tak sengaja tersinggah ke sini. Kisah sehari sebelum Deepavali,  Iman ikut Cikwanya berjalan,  lepas tu baliknya Sk ambil terus Iman di Paradigm Mall.  Tengah lalu di Skudai tu lah teringat Cikwa pernah kata nanti kalau dia balik JB,  bawalah dia makan keropok tempat Sk selalu ngeteh ni.  Cepat-cepat suruh Iman telefon Cikwa ambil lorong kiri.  Mujurrrr sempat.


Seperti yang pernah Sk cerita sebelum ni,  keropok di sini dibuat cuma apabila ada pesanan.  Maknanya,  kalau ada orang nak beli barulah adunan keropok tu digentel dan digoreng.  Jadi,  sementara tunggu keropok siap digoreng,  jomlah kita makan tempe goreng dulu. 
Johor memang femes dengan tempe goreng cicah sambal kicap.  Siapa yang tak pernah rasa tu bolehlah cuba buat,  memang sedap! 


Siap pun keropok lekornya. 
Panas-panas lagi jangan terus suap,  melocot jari dan lidah nanti. 
Izzat yang ikut sekali hari tu berkata, ini baru dipanggil keropok.
Maklumlah,  Izzat dah jadi orang Ganu sekarang
😃😃😃


Okey,  tertunai dah janji bawa Cikwa ke sini. 
Ni dah terberjanji dengan Cik Ani plak,  tapi bila??? 

Tungguuuu... 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!