MENGOPI DI L CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...


MELAYANKAN Iman yang sudah tepu kepala otak katanya sebab asyik mengadap buku dan penat ulang alik ke kelas tambahan. 
Jadi semalam kita release tension,  bukan Iman jer sebenarnya yang stress tapi Sk pun sama.  Dua kali stress bila berjalan semalam masa belum gaji
😝😝😝

Tak apalah,  walaupun tak ada,  kita ada-adakan juga. Ubat stress tentunya menghirup secangkir kopi panas. 
Kali ini Sk memilih L Cafe atau Kafe Lavender yang terletak di AEON Bukit Indah. 
Walaupun orang punyalah ramai di AEON ni tapi cafe ni sunyi sepi. 


Tak tahu nak makan apa tapi Iman merajuk kalau makan seorang.  Oh,  ya,  kami jalan berdua jer semalam sebab Encik Rizar ada appointment dengan bos.
Belek punya belek,  akhirnya Sk memilih Mushroom Soup. 
Punyalah pekat likat supnya tu tapi pekat dengan cendawan la bukan tepung. 
Ia dihidangkan bersama sekeping roti perancis dilepa mentega bawang putih. 


Untuk Iman,  Sk pilihkan Spaghetti Bolognese. 
Menggunakan spaghetti Angel Hair,  ia dicurahkan dengan sos bolognese dengan cincangan daging lembu yang mewah.  
Rasa tradisional bolognese bukan puri tomato semata-mata

Untuk beverages,  Iman memilih Ice Tea Latte,  hanya RM1.85 dengan setiap pembelian hidangan utama. Lepas makan singgah pasaraya sekejap beli salad dan roti untuk sarapan lepas tu terus balik layan tv sampai 2 pagi.  Kemahennn!! 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum seri..sedapnya tengok kopi tu...lama x minum..

    ReplyDelete
  2. wahhh...berbaloi2 tu kalo beli dengan menu utama, air tak sampai RM2..

    ReplyDelete
  3. Nanti nak pergilah..macam sedap pulak engokkk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!