LAKSA JOHOR PUNYA PASAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...


LANGKAH Kanan... 
Sebaik sampai ke rumah Angah petang semalam nampak meja dah siap bentang dengan suratkhabar lama.  Ada timun dipotong bulat dan dihiris nipis dalam tipuware. 
Wowwww! Mak masak Laksa Johor ke? 
Jenguk ke dapur nampak spaghetti dalam periuk. Aisehhh..  Dahlah kita tengah diet..  Dugaannnnnn... 

Tapi ibu kata kena tunggu Angah balik bawa taugeh,  daun kesom dan sambal belacan belum tumbuk sebab lada pun belum beli
 Laaa..  Kenapa tak kirim Uda jer,  kata Sk. 
Nak buat surprise la tu...

Lepas tu tunggu-tunggu Angah tak sampai-sampai. Sk tolonglah chap chap dulu spaghetti tu.  Sampailah tinggal spaghetti yang putus-putus tu adalah semangkuk kecik.  Dok main tenung punya tenung mangkuk tu tak menahanlah pulak,  bawa pergi dapur masukkan kuah setengah senduk.
Letak atas meja,  jamah sikit,  eh,  letak timunlah sikit dengan daun selaseh. 
 Suap lagi,  eh,  sedaplah pulak,  kah kah kah.
Ibu kata, kalau nak sambal belacan kelmarin adalah.. Dalam peti sejuk. 
Eh,  tak boleh jadi ni!  
Terus tambah lagi laksa sesanggul.. 
Lalu akhirnya terjadilah laksa semangkuk macam dalam gambar. 
😝😝😝

Maka diet pun ke lautttt!! 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kenapa menggoda sangat ni laksa johor ni..haishhh

    ReplyDelete
  2. Nampak dek sis lin ni boleh bawak bergaduh.. Sis tu peminat laksa johor fanatik.hahhahhaaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!