Assalamualaikum...
SEJAK minggu lepas, Encik Rizar dok sebut-sebut nak cuba makanan laut di Glamour Seafood yang terletak di kawasan Perumahan Rakyat Sri Stulang. Namapun glamour, lokasi ini dikatakan terkenal lama sejak beberapa tahun lepas cuma kami saja yang baru nak kenal. Tak sangka di kawasan rumah flat ini ada medan selera yang menempatkan pelbagai jenis kedai di bawah satu bumbung. Ni balik-balik makan di Sayam.. Sayam.. Sayam.. sampai kebosanan.
Apa yang menarik perhatian Sk ketika memilih makanan laut ialah tanda harga yang telah ditampal siap-siap pada badan ikan-ikan yang dipamerkan ni. Jadi, senanglah kita nak pilih ikan mengikut RM yang kita bawa. Tapi macam ikan siakap dan haiwan lain tu kita perlu pilih dan timbang dulu sebelum dimasak. Kami pilih ikan siakap, sebab nak masak stim. Tak pernah cuba lagi masakan stim dengan ikan jenahak, takut tak menepati selera.
Selain ikan siakap yang mohon dimasak stim limau, Sk juga pilih 4 ekor sotong saiz sederhana untuk digoreng tepung. Siapa biasa baca blog Sk tentu tahu Sk sangat suka makan sotong goreng tepung 😂
Jadi, bila pinggan sotong ni diletakkan di atas meja rasa sangat bersyukur sebab dapat sepinggan besar. Maknanya boleh makan puas-puas. Sotongnya digoreng dengan rangup bukan macam jemput-jemput di kebanyakan warung tomyam. Cuma macam terlebih serbuk kunyit pulak. Cicahnya cili sos dan bukannya sos cili thai jadi kureng di situ, tapi tak kisahlah sebab Sk memang makan begitu saja.
Scarlop Masak Sambal.
Memang sedap masakannya dan tidak menghampakan. Iman pulak tukang asingkan isi dari shell maka senanglah mak dan ayahnya makan. Nyum nyum nyum!
Disebabkan tak ada baby kailan jadi ER minta Kangkung Goreng Belacan.
Bagi Sk sedap tapi ER kata tak boleh lawan kangkung belacan di mana tah dia makan.. sk lupa, hahaha.
Cuma batang kangkung tu dipotong agak panjang dan besar.
Sebab Sk suka makan sayur maka Sk tukang perbaiskannya.. Yey!
Tomyam Seafood.
Yang ni bagi Sk tak berapa sangat kerana kuat rasa paste tomyam. Sk suka tomyam yang asli bahannya. Isinya udang seekor, hirisan sotong dan kupang.
Mulanya tak plan pun ambil tomyam, tapi minta kemudian sebab takut makan tak berkuah, rupanya tak berapa laku. Sebab apa tau?
Haaa.. Inilah sebabnya. Bila sampai jer Siakap Stim Limau ni, semua dah tak pandang tomyam tadi, hihihi.
Tukang masak tak kedekut langsung buatkan kuah untul stim limau ni dan ternyata hidangan paling win laaa.
Sambil taip ni pon teringat-ingat sedapnya rasa stim limau dia. Seimbang masam garam gula dan pedasnya ditambah ikan siakap yang sangat terasa kesegarannya.
Siakap laut yang besar dan tebal serta gebu isinya ni memang sesuai sangat dimasak stim tapi lain kali Sk nak cuba pulak masak tiga rasa nak tengok sedap ke tak sosnya.
Selain rasa, persembahan setiap masakan juga sangat mantap cuma kalau datang ke sini anda kena bawa bersabar banyak-banyak sebab masakan agak lambat disiapkan mungkin tukang masaknya tak ramai. Tapi terubat hati oi bila dihidangkan dengan masakan yang sedap, rasa sungguh berbaloi.
Glamour Seafood
Medan Selera Perumahan Rakyat Sri Stulang
Memang best!
Sk bagi 4 bintang!
wahhh.. tengok siakap stim limau tu memang best, dgn kuah yg banyak tu baru la puas nak makan kan kak seri.. nasib baik jauh.. kalau dekat dah boleh terjah.. haha
ReplyDeleteMemang jauh nak ke sini Dilah, tapi kalu yg dekat2 ni ada aje tak kena
DeleteSK!!!glup! glup telan ailio tengok semua tu. semuanya pebret!
ReplyDeleteHamboiii jauhnyaaa pi makan..
ReplyDeleteKita orang PG pn tak sampai lagi ni hehehehe
wah...nampak sedap semua menu tu sis...harga berbaloi tak dengan makanannya tu..kita suka order siakap stim limau
ReplyDeletemacam tu rupanya scalop yaa..
ReplyDeletePandaii diaaa terus tampal harga dekat ikan tuh.hahahahhaa....
ReplyDelete