LOBSTER MASAK MENTEGA YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


SETIAP kali ke berjalan ke Pantai Timur, wajiblah singgah ke Endau mencari hidupan laut yang segar bugar. Kalau sotongnya besar lengan, boleh dapat harga bawah RM30 sekilo. Ketam, udang, ikan, memang berbaloi-baloi untuk dibeli. Beberapa kali juga cari lobster di sini dari sebelum PKP sampai habis PKP. Kalau ada, dah ditempah orang atau maharnya terlalu tinggi 😅. Jika dah sedia duit hantaran, yang nak dipinang pulak tak ada 😂. 

Rasa nak lompat bintang (mampu ke lompat?), bila penjual menunjukkan lobster dalam kotak polisterin. Tengok sesungutnya aje sudah tahu saiznya besar Ponti. Bukan pontianak laaa.. Ponti tu kucing Sk 😜. Pak Inche tanya, nak ke? Eh, bukan dia ke yang suka sangat. Memang macam tu la, nak beli apa-apa kena mohon kelulusan dari menteri hal ehwal rumahtangga walaupun bajetnya dari poket sendiri 🤣


Kalau dapat Lobster, memang masak mentega la yang terpaling sedap dan cepat. Sebenarnya dah dua minggu Sk tak kisar cili. Kalau ada, nak jugak disambalkan. Pak Inche pun okey aje bila kami cadangkan masak butter. Jom layan resepi di setiap gambar, malas nak taip, hehehe.
















Lobster yang dikukus


Lobster yang digoreng


Model lobster bonda 😜



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Todiaaaa....
    Sedapnya nampak..
    Dak omey memang tak pernah tak lawak....🤣
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. tudiaaaa...cukup ke seekor tu...kalau SA x cukup..2-3 ekor sekurang- kurangnya...pastu uric acid naiak doktor bebel..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Allah.... Sedapnyaaaaaa ❤️❤️. Lobster tuh memang lah surga dunia, kalo tak ingat harganya yang selangit, dan sering-sering nak beli 😄. Nampaaaak sedaaap sangat lobster nih akak 🤤..

    ReplyDelete
  4. Mak ai besaqnya dia!
    Puaslah makan ye.
    Sedap pun sedap nampaknya tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!