MENGINAP SEHARI DI PULAU MUTIARA DAN MENAPAK CARI JERUK DI CHOWRASTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

PERCUTIAN yang singkat namun padat.. alang-alang dah ke utara dan dah dua tahun tak menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara. Kali terakhir ke Penang, hujung tahun 2018. Kemudian, bila Iman mula bekerja sementara sebagai juruwang di Kedai Mesra Petronas, memang dah tak berjalan jauh-jauh sehinggalah Iman sambung belajar di Politeknik Ungku Omar, asyiklah ulang-alik JB - Ipoh - Kuala Ketil 🤭. Ditambah pula pandemik melanda seluruh dunia dan kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan, Penang semakin lama tak dijejaki padahal dulu setiap tahun mesti pergi.


Kami memilih menginap di Georgetown dan hotel pilihan kali ini Jen Hotel. Tak silap, ini kali ketiga kami menginap di hotel yang terletak bersebelahan Komtar. Agak kecewa bila balik ke hotel selepas makan Nasi Kandar Kampung Melayu, kami diberitahu lot parking dalam hotel telah penuh dan kami diminta meletak kereta di lot parking tambahan berhadapan hotel. Rasa naik angin sekejap, hehehe. Mujurlah boleh dituntut semula bayaran letak kereta tu. Lepas sarapan, terus alihkan kereta masuk semula dalam lot parking hotel.


Ambil satu bilik family yang mana mempunyai sebuah katil saiz raja dan sebuah sofa bed. Sofa bed tu, dia dah jadikan katil siap-siap.


Terus Iman landing.. hehehehe. Alaa.. nak tidur pun semalam aje dan nak jjcm kan, jadinya cukuplah satu bilik.


Biliknya lengkap semua. Pak Inche feeling karok padahal guna hair dryer, hahaha.


Peti keselamatan, seterika dan papan penggosok serta selipar hotel untuk tiga orang.


Bilik selesa untuk kami tiga orang yang bersaiz triple, hahaha.


Nampak tak keluasannya tu, nak bentang lagi satu comforter pun boleh.


Bilik air pun besar sangat dengan kelengkapan toiletries dan siap tuala kecil untuk rambut.


Nampak mewah dengan warna perak.


Iman tanya bos dia, duit ada lebih, nak pergi Penang, ada nak kirim jeruk? Bos Iman minta belikan jeruk dengan kuah rojak Mak Bee. Pak Inche kata, kita jalan kaki jer sebab dekat sebelah aje. Sebelah la sangattttt....... dahlah kena naik jejantas guna escalator yang tak bergerak, huwa huwa huwa.


Di Penang ni, sana sini nampak orang beratur melengkar-lengkar. Mesti la tu ada yang menarik, kalau di Chowrasta ni, beratur nak makan nasi kandar, beratur nak makan cendol dan yang ni beratur nak beli Ais Tingkap. Kalau tak kerana penat menapak, nak aje sambung barisan tu, hahaha.


Beli jeruk untuk bos Iman jer. Tapi tak beli jeruk untuk orang lain sebab membayangkan beratnya nak bawa menapak balik ke hotel. Ingatkan lepas check out esoknya nak datang balik beli jeruk, suruh Pak Inche tunggu tepi jalan tapi nampak polis trafik merata, tak benarkan tunggu.. dan akhirnya, tak adalah beli jeruknya. PI jer beli jeruk pelam sikit. Bos Iman tanya, berapa baki duit, dia suruh ambil RM50 bagi mak Iman, hehehehe. Dah macam personal shopper lak, tapi ni upah lumayan betul, duitnya Sk bagi PI bayar Nasi Kandar, ngam-ngam pulak tu RM49.40 jumlahnya, Alhamdulilllah, syukur. Berbaloi la ngadap jem kat Tanjung Dawai (selalu tak jem pun) dan menapak ke Chowrasta.


Ingatkan makan nasi kandar jer beratur, rupanya sarapan pagi di hotel pun kemahen la panjang barisan, padahal kami turun pukul 8 tu. Jadinya, sebab di dalam penuh, mereka tanya kalau boleh makan di kafe depan lobi. Bolehlah, janji ada meja, tak makan bertatang.


Sarapan macam biasa la di kebanyakan hotel, ada American Breakfast, Kuey Teow Goreng, Nasi Lemak. Semua sedap. Setiap kaunter ada staf yang akan hidangkan makanan mengikut permintaan tetamu. Roti, kek dan salad pula dipek secara individu, jadi terus capai apa yang kita nak makan.


Kaunter Roti Canai.. semua kaunter beraturrrrrrrr.. hurmmm.. ramai sungguh umat. 


Jarang sebenarnya SK ni nak makan roti canai kalau sarapan di hotel. Apa barang, kan.. makan roti canai, kedai mamak dah makan roti canai, hahahaha. Mereka guna roti canai segera, lembutlah makan masa panas-panas, kan. Ambil dua, ingatkan nak kongsi tapi dua-dua orang tu tak mau.. hurmm.. sombong! Terpaksalah cheq kasi perabis... erkkkk!!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknya....nanti tahun depan ke bulan depan ke bleh repeat lagi kan...hehhe...SA ni jer ntah bila nak pi JJCM jejauh skit ni

    ReplyDelete
  2. rindu nya kat penang. walaupun dok kedah :D

    ReplyDelete
  3. cantiknya bilik dia, luas pulak tu. Toilet pun cantik jugak. Mesti best kan tidur dekat situ. Boleh masuk dalam list ni kalau nak jalan2 ke Penang

    ReplyDelete
  4. memang ada plan nak bawak anak-anak ronda penang. blh la rujuk blog mak inche unuk tempat2 best.

    ReplyDelete
  5. Nampak selesa keadaan bilik ruang pun agak luas juga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!