TAPAU MURTABAK MAJID SPECIAL CHEESE NO 1 LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, tekak ni rasa nak makan Murtabak Cheese. Kalau yang biasa baca blog Sk ni, tentu tahu, SK kalau nak beli Murtabak Cheese, pilihan Sk semestinya Murtabak Majid Special Cheese No 1 di Kampung Kurnia.Curi masa sekejap sebelum balik, keluar pejabat. Setakat keluar pergi beli makanan atau keluar makan, atau hantar anak ke sekolah dan sebagainya, memang ada kelonggaran. Jangan pulak kau pergi berpoya-poya dua tiga jam, hehehe.



Nampaknya ada kenaikan harga pada beberapa menu seperti murtabak saiz jumbo. Memang benarlah hidup kini makin keras. Contohnya, harga Murtabak Daging Cheese Jumbo dulu RM31, harga terkini, RM33. RM31 tu harga dua bulan lepas tau, bukan tahun lepas, terpaksa redho jer la.. pilihan di tangan kita nak beli atau tidak.


Makan murtabak dan minum petang dengan ibu. Walaupun disediakan dengan kuah dhal, tapi Sk makan kosong macam tu aje, tak suka makan murtabak dengan kuah. Lagi-lagi jika ada cheese, langsung tak boleh disuap bersama, tak kena! Oh, bila tengok semula gambar ni, baru teringat.. patutlah malam tadi dah pukul 12 malam pun mata ni masih bertahan. Penangan cafein rupanya, hahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. X penah lg mkn murtabak cheese.. selalu roti nan cheese saja.. harganya lebih kurg jugak.. kalau kuah kari ayam rm30.. kuah kari kambin lg up sikit 😂😂

    ReplyDelete
  2. boleh tahan regenya ye kak, tapi dana kalau balik johor murtabak wajib beli sebab murtabak johor dgn kat KL ni lain beno rupa dan isi nya

    ReplyDelete
  3. Suka murtabak yang kering² gini...sabo je la dgn kebaikan harganya tu :(

    ReplyDelete
  4. Kalau Murtabak kat rumah SA hanya adik ipar bongsu ngan Dania je suka..SA kureng skit...so ni kalau entry ni Dania nampak dia akan cakap fuhyooo..

    ReplyDelete
  5. Wow, mesti sedap. Saya pernah makan sekali je, murtabak cheese ni. Lebih suka tanpa cheese.

    ReplyDelete
  6. Pernah merasa murtabak cheese di Sungai Buluh, Kepung. Sedap tapi itulah... harga kayangan!

    ReplyDelete
  7. Siapa kata murtabak hanya untuk bulan puasa je kan?

    ReplyDelete
  8. tak pernah lg makan murtabak cheese...nak riki-riki kat mana ada jual..

    ReplyDelete
  9. sekali je saya pernah makan kat sini, dengan kawan-kawan serumah..memang sedappp

    ReplyDelete
  10. Nampak menggoda...walaupun saya bukan peminat murtabak .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!