Assalamualaikum WBT
BAGI mengubati hati Pak Inche yang kecewa tak dapat makan apom di The Banana Leaf Kitchen, Sk bersetuju untuk melayan permintaannya nak makan di Restoran Sup Lembu Tangkak. Bukan di Tangkak, tapi di Melaka, hehe.
Sampai Melaka, ngam waktu makan tengahari. Sk dah beberapa kali bawa pembaca ke restoran yang menghidangkan 100 peratus daging lembu dan semestinya halal. Antaranya Sk ada ceritakan DI SINI.
Terdapat dua pilhan sambal lada iaitu cili api dan cili merah. Sk suka campur keduanya. Selain tu juga, ada botol cuka, kicap cair dan lada sulah, boleh sesuaikan rasa sup ikut tekak masing-masing.
Makan cili kena berpada-pada jugak, maklumlah, jalan jauh, kan.
Camera eat first.
Pilihan kami, Kueyteow Sup Campur.. ada campuran daging, urat dan babat, nyamannnnn. Tak ingat berapa harga semangkuk, tak silap, dengan tapau sebungkus, segelas minuman Mata Kucing dan segelas ais kosong, RM42 ke 45 cam tu. Lepas makan terus balik walaupun Pak Inche offer nak belikan baju baru kat Aeon Bandaraya Melaka. Karang shopping punya shopping, entah pukul berapa pulak nak sampai negara Johor, hahaha.
Edit : Dah jumpa resit, hehehe.. Kuey Teow Sup saiz sederhana, RM13 x 3, Ice Longan RM2.50, Ice Kosong RM0.50. Jumlah RM42.00.
Eh balik hari ke? Ingat singgah tidur Melaka.
ReplyDeleteJauh cari makan. Alhamdulillah dapat hilang kempunan Pak Inche.
sedap tu perut lembu :)
ReplyDeleteHa... memang sedap makan cili, tapi kalau jauh tu memang kena jaga-jagalah kan SK.
ReplyDelete