MENGINAP SATU MALAM DI MUDZAFFAR HOTEL MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


DUA minggu lepas, anak saudara Pak Inche, Zariz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mira di Klang, Selangor. Esok, majlis di pihak lelaki akan berlangsung pula di Shah Alam. Petang semalam, Sk dan Pak Inche telah memulakan perjalanan ke Shah Alam untuk menghadiri resepsi Zariz dan Mira tapi macam biasalah, perjalananan 5 jam boleh jadi 2 hari kalau dengan PI, hahahaha.




Transit satu malam di Mudzaffar Hotel Melaka. Sebelum buat keputusan untuk menginap di sini terlebih dahulu bertanya harga penginapan satu malam di Royal Chulan Seremban (RM270) dan Klana Resort Seremban (RM220) lalu diputuskan untuk menginap di Klana Resort.  Tapi semalam, balik kerja, PI kata, tak jadi menginap di Klana tapi di Mudzaffar Hotel Melaka, dapat RM202. Aaa.. suka hati laaaa Pak Incheee!





Cantik Mudzaffar Hotel ni tapi bila terlalu banyak corak jadi serabut pun iya jugak ditambah lagi kurang pencahayaan dalam bilik hanya mengharapkan pada lampu siling yang malap.




Rekabentuk bilik air agak unik. Ada pilihan tab mandi dan ruang pancuran jugak dan ruang pancuran terletak di bahagian belakang sinki ni. Boleh main pusing-pusing gitu, hahaha. Tumpang lalu ya wak WP, hari ni Sk masukkan gambar bilik air, hehehe.

Cuma tekanan air kurang laju dan paling tak boleh terima, tak ada peti sejuk dalam bilik. Ruang letak fridge ada tapi kosong (lupa ambil gambar). Pada mulanya kami ingat, mereka tersalah bagi bilik tapi bila kami buat aduan, staf hotel beritahu memang mereka tak sediakan peti sejuk. Belum pernah lagi setakat ni Sk menginap di hotel yang tak sediakan peti sejuk, kalau hotel bajet tu lain la, memang tak ada. Selain peti sejuk, hair dryer pun tak ada ya, tapi seterika dan papan penggosok lengkap. Satu lagi, tisu muka dan laundry bag juga tak diletakkan dalam bilik, hurmm.. malas pulak nak memanggil housekeeping hantar!





Malam tu PI ajak makan Nasi Lemak. Aduhhhh.. dia ni, sikmak.. sikmak.. tapi Sk turutkan aje la. Kami makan di Nasi Lemak Warisan Mak Sarah. Sk ambil lauk Hati Lembu Masak Rempah, sedap hati tu cuma sejuk dan nasi lemak kurang Lemak, mujurlah sambal nasi lemak sedap.




Dalam perjalanan ke Melaka, kami singgah di RnR Machap. PI makan Bihun Soto dan Sk makan Mee Bandung sebab Soto Nasi habis. Mula kecewa jugak tengok rupa Mee Bandung tu tapi bila PI menyudu ke mulut dia kata sedap. Sk pun suap, yaaaa.. sedap, cuma sedikit manis. Tapi memang sedaplah sampai licin mangkuk Sk, hahahaha. Tu la yang malamnya pergi makan nasi lemak aje.



Penginapan di Mudzaffar Hotel termasuk sarapan untuk dua orang. Tenang-tenang jer sarapan kat Makan-Makan Cafe sebab tak ada orang cuma beberapa tetamu sahaja yang ada. Pinggan pertama Sk tentunya tema barat manakala PI makan nasi lemak (lagi???). Bila Sk tanya sedap tak, PI juih bibir maka faham laaaa..




Ada lontong, haruslah ambil semangkuk! Sayur kuah lodeh buat syarat ajelah, kuat jugak rasa serbuk kunyit tapi masih boleh diterima dan tidak mengecewakan.



Bread Butter Pudding w Custard Sauce yang sedap. Banyak pilihan sarapan di sini, ada pelbagai pastri, France Toast, nasi goreng, mihun goreng, mee Soto, bubur nasi, pelbagai pilihan Bijirin dan juga buah-buahan memang lengkap semuanya.



Lepas sarapan, masuk bilik kemas beg dan terus check out. PI ada kerja nak kena selesaikan dan kami kena singgah di Seremban. Macam gitu lah jika bercuti di hari kerja, kita layankan saja. Ambillah satu gambar kenangan di depan tangga ni, rasanya lain kali macam tak menginap di sini lagi kot, hehehe.



Ajak PI singgah Coach Airways di Freeport A'Famosa Outlet, dia pulak melayan kita tapi masalahnya satu aje la, dia malas nak ambilkan gambar. Kita terima sajalah gambar yang dia snap ni seadanya, heheheh. Singgah sini semata nak ambil gambar ya, bukan shopping, hahahah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jalan santai-santai begini best juga.

    ReplyDelete
  2. Hehe survey2 dulu harga kan, betul tu SK corak karpet tu serabut sikit kan tapi yang penting bersih dan selesa.

    ReplyDelete
  3. Kak, tangga dia sama dengan kapet bilik ek? Lama² tengok mwmang serabut gak kepala yaa, gelap gitu.. harga boleh tahan mahal tp tak lengkap.. dia tak tau tu Mak Inche ni blogger hahahaha siap dah up dalam blog 🫢😆

    ReplyDelete
  4. Mmg penuh corak ek. tangga carpet bilik. meriah sungguh.

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha saya tadinya nak komen ttg motif dan corak karpet dia itu, tapi ragu. Cuma Krn Kaka sendiri dah bilang lama2 nampak serabut, barulah saya nak bilang 🤭. Pdhl baguuus ya kak. Sayangnya motif dia memang ramaaaai sangat. Macam nak taro semua motif yg designer suka, tp bingung pilih mana, akhirnya taro aja semua 😅

    Saya kalo di Malaysia memang lah tak pernah bosan dengan nasi lemak, 😄. Tp saya LBH suka kalo sambalnya pedas drpd yg manis.

    ReplyDelete
  6. Berpinau mata tengok corak carpet. Hair dryer takde mmg ngengada tau.

    ReplyDelete
  7. Betullah SK. Coraknya memang serabut. Ingatkan di bilik saja, rupanya sampai ke tangga serabut ya. Kalau saya ambil gambar di tangga, memang nampak coraknya sajalah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!