Assalamualaikum WBT
SABTU lepas, Sk sekeluarga menghadiri Jemputan Kenduri Pengantin Baharu, Hafiz dan Nadia nun jauh di Pulau Mutiara. Hafiz merupakan rakan setugas Pak Inche yang bertugas di cawangan Pulau Pinang.
Majlis resepsi di pihak lelaki diadakan di Magica Hall yang terletak di aras 3 Chow Rasta Market, Georgetown. Dah banyak kali datang Chow Rasta ni tak sangka pulak ada dewan yang indah tapi menurut mantan bos PI, dewan ini baru jugak dibuka sebab beliau sebagai penduduk berhampiran pun tak tahu pasal dewan ni malah pekerja gerai menjual cenderamata di aras bawah pun tak tahu ada dewan pengantin kat atas tu, hahaha.
Cantik sangat.. rugi kalau tak tumpang sekaki 😄.
Nasi Minyak, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Dalca Sayuran, Acar Jelatah dan Acar Buah serta tembikai potong memenuhi pinggan Tuan Tanah Kedaung! Sambil tunggu pengantin sambung pula menikmati pelbagai kuih-muih tradisi dan moden serta bubur gandum sambil menikmati teh tarik.
Bergambar bersama rakan-rakan sekerja PI yang datang dari selatan, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuala Selangor... haaaa... hampir dari seluruh Semenanjung. Sambil-sambil tu bolehlah JJCM di Pulau Pinang, tak gituhhhh!
Cantik sungguh dekorasinya, sesuai nama Magica Hall.
ReplyDeleteBagus kawan-kawan, duduk jauh pun sanggup datang. Menang rapat sungguhlah kalau gitu.
tahniah...selamat pengantin baru mempelai...
ReplyDeletetak sangka jugak dekat Chow rAsta yang begitu2 je ada dewan yang cantik...
Cantiknya deco dewan dia...
ReplyDeleteGrand bangat deco pelamin & dewan... rasa nk bersanding lg je.. hehehe
ReplyDeletecantik sungguh dewannya tu kak oi.... mewah betul rupanya tu
ReplyDeleteJauh perjalanan masing-masing ke utara. Memang rugilah tak bergambar di situ. Cantik runway pengantin berkaca dan berlampu. Daging masak hitam mesti sedap. Tahniah pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeletecantik betul walkway depan pelamin tu
ReplyDelete