Assalamualaikum WBT
TAK ada angin, tak ada ribut, tak ada pokok bergoyang digoncang monyet, tetiba dapat undangan dari tuan punya badan menjemput Sk hadir majlis walimatulurus beliau dan suaminya. Pada mulanya keliru sekejap bila baca kad undangan yang dihantar melalui whatsapp, ingatkan anak beliau, rupanya majlis beliau sendiri.
Inilah beliau yang Sk maksudkan, Kak Min. Dulu, kami bertugas sebumbung di Bukit Senyum, kini Kak Min bertugas di kampus Kulai. Sebaik turun dari kereta, nampak Kak Min sedang melayan tetamu. Kak Min terus melambai sebaik nampak Sk keluar dari kereta dengan wajah yang begitu ceria.
Sk masih ingat lagi, arwah suami Kak Min meninggal dunia ketika anak bongsunya, Miza akan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR akibat kanser paru-paru. Sejak itu, Kak Min membesarkan tiga anak yang masih bersekolah seorang diri. Miza mendapat keputusan cemerlang dan Kak Min paksa masuk sekolah asrama penuh kerana risaukan keselamatan Miza. Alhamdulillah, Miza pun dah berjaya dan mempunyai kerjaya yang cemerlang sekarang. Kak Min juga sudah dikurniakan dua orang cucu.
Tahniah, Kak Min dan En Ruslan. Tergelak En Ruslan bila Sk ucapkan Selamat Pengantin Baru, hihi.
Doa Untuk Pengantin Baru
Ruslan & Tarmini
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).
Sebelum pergi pengantin, hantar Iman balik kolej. Sedih betul berpisah selepas tiga bulan duduk bawah ketiak bonda 🤣.
Babah terpaling emosi agaknya sebab dah tak ada lagi orang nak hidangkan sarapan pagi Ahad.
Sekarang sedang berlangsung Sukan Asia 2023 kan. Jadi, memang mengadap siaran langsung aje la Pak Inche. Malamnya memang tak keluar la makan kat mana-mana. Walaupun siang dah makan nasi beriani, malam makan nasi jugak, tapi alat-alat lauknya ayam goreng, nasi tuang kicap aje 😆. Sk pulak panaskan sambal sardin.
Lepas makan layan netflix, pilih-pilih movie, nampak filem ni yang akan ditamatkan tayangan pada 30 Oktober, Wish Upon. Mungkin ramai yang dah tengok filem ni. Kisah seorang gadis remaja yang dihadiahkan kotak muzik antik oleh ayahnya. Kotak muzik tu ditemui ayahnya yang bekerja mencari barangan terbuang. Kotak muzik itu dikatakan boleh menunaikan 7 hajat kita tetapi setelah hajat kelimanya ditunaikan baru dia menyedari, ada sesuatu yang dikorbankan setiap kali hajatnya ditunaikan. Plot twist dia kannnn.. sampai Sk terbayang-bayang dan susah nak lelapkan mata 🥹.
Selamat Pengantin Baru buat Kak Min dan pasangan.
ReplyDeleteTema Bollywood nampaknya. Alhamdulillah rezeki bertemu jodoh lagi.
Bila dan duduk bersama 3 bulan, harus terasa ‘hilang’.
Moga tabah Iman dan bonda serta babahnya ya 😁
Pengantin sempoi. Alhamdulillah temu jodoh semula kali ke-2.
ReplyDeletePerasaan sayu berpisah setelah 3 bulan bersama.
Selamat Pengantin Baru Kak Min & En Ruslan...
ReplyDeleteAlololo sedih betul tu PI...hihihi
Semoga dimudahkan urusan dalam belajar...dan diberkati Allah selalu
Selamat Pengantin baharu buat Kak Min dan En. Ruslan.
ReplyDeleteMoga bahagia hingga ke syurga.
Mak aiii.... Iman! Auntie pun itut nanes....huhuhuuu.
selamat pengantin baru utk mempelai yg dirai...walaupun ank dh besar, bila berjauhan pasti sedih kn
ReplyDeleteAlahai, tu muka sedih ke, muka buat2 sedih Iman?
ReplyDeleteMuka sedih buat SA gelak..tu bukan muka sedih tu muka comel...
ReplyDelete