BELI RENDANG NYET BERAPI KHAIRUL AMINGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat lepas, Iman tanya, "Bonda nak beli rendang Khairul Aming, tak?" Sk jawab, tak nak. Mahal, dia dah kaya," hahahahaaaa.. gitu la Sk jawab. Sebenarnya, Sk yang ingatkan Iman pasal malam tu KA akan buat live jual rendang. Lima pembeli terawal, yang membeli 5 pek Rendang Nyet Berapi KA akan dibawa ke New Zealand. Sk ni, kalau nak beli, nak beli 5 terus supaya ada peluang nak menang, tapi, tak naklah kecewa, tu yang tak nak beli, hahahaha.


Tak silap Sk, dah pukul 9 malam macam tu pun masih belum buka jualan rendang tu. Entahlah, Sk ni bukan ambik tahu sangat jualan-jualan live kat TT tu. Tahulah bab nak beli barang klik beg kuning tu, tapi jujur cakap, Sk agak segan nak masuk live sebab Sk macam ada perasaan, orang lain boleh nampak Sk dalam live, hahahaha.



Seronok Iman dapat beli batch pertama Rendang Aming ni.  Dulu, masa mula-mula KA keluarkan produk Sambal Nyet Berapi, Iman dapat beli batch kedua. Kali ni dapat batch pertama, mestilah seronok. Nampaknya, semua produk KA, termasuklah Dendeng Nyet Berapi, menggunakan perkataan NYET. Setahu Sk, NYET ni dulu diambil dari perkataan PENYET. Maafkan Sk jika salah. Kiranya, NYET ni dah jadi trademark produk KA la kan.



Setiap kali beli produk KA, kita akan dapat satu poskad gambar KA bersama produk beliau. Jangan tataw, semua poskad ni bertampal dekat pintu peti ais, hahaha.


Ikon anak muda yang berjaya masa kini. Kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada yang lain, masing-masing nak jadi pempengaruh macam KA tapi tu la, rezeki masing-masing tak sama. Apalah agaknya amalan KA ni sehingga begitu melimpah rezeki wang dalam kehidupannya. Sudahlah banyak duit, pemurah dan tidak berkira pulak tu dengan staf beliau. Semoga Allah swt berikan kesihatan yang baik dan panjang usia kepada Khairul Aming dan beliau dapat memberi dengan lebih banyak lagi, Amiiiinnn Ya Robbal Alaminnn.


P/S Rendang tu belum sempat nak makan lagi. Nanti dah makan, kita blog sini ya.. insyaAllah. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..caya la Iman...dapat gak beli erk...murah rezeki KA ni sebab banyak bersedekah, x berkira dengan staff dia...seronok tengok dia menyantuni staff2 dia...

    ReplyDelete
  2. Yang nampak dia kaya tu sebab dia banyak memberi...x nampak pulak dia tunjuk kereta mewah atau rumah besar..mmg proud dengan dia walaupun x pernah beli or battle barang dia...

    ReplyDelete
  3. Semua yang SK tulis tu lah amalan KA..sampai rezeki dia melimpah ruah...sebab dia tak pernah berkira..mana nak dapat bos macam tu.

    ReplyDelete
  4. tak pernah beli produk KA...terbaik Iman, dpt beli 1st batch...

    ReplyDelete
  5. Hahaha..kenapa sama. Saya pun tak suka masuk live, tak nak orang nampak. Kalau beli pun tengok TikTok shop terus mencari dan beli. Tak pernah beli live. Saya dari dulu tak pernah lagi beli produk KA. Hebatlah beliau, sekejapan je habis jualan kalau buat live. Rezeki dia kan ikhlas berniaga. Memang terbaik jadi ikon. Bestlah Iman dapat merasa yang first batch. Pempedas sukalah sebab pedas dari yang sebelumnya. Yang dapat pergi NZ tu rezeki mereka. Untung sangat tu semua ditaja.

    ReplyDelete
  6. Wow!!! Tahniah Iman berjaya grab masa battle mlm tu.. KA mmg something kan 30 second dh sold out

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!