JALAN-JALAN PADANG BESAR SEBELUM KEPALA KENA PUTAQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

SELEPAS bersarapan di Warung Tepi Sawah, kami terus menuju ke Padang Besar. Perlis ni, kecik aje kan.. tapi tarikannya macam-macam. Selain Padang Besar, ada Gua Kelam, Ladang Anggur, Tasik Santuari dan Wang Kelian. Yang best, nak pergi dari satu tempat ke satu tempat tu, dekat aje. Yang bestnya lagik, tak ada traffic jammed. 


Sekejapan aje dah sampai ke Padang Besar. Dulu-dulu, kan.. setiap kali balik raya Kuala Ketil, wajiblah pergi Padang Besar pada hari raya kedua atau ketiga. Masa tu, Iman belum sekolah lagi, jadi, tak ada masalah nak balik kampung lama-lama. Tapi, boleh dikatakan, memang tiap tahun ke sini sampailah Iman masuk poli, jangan kata Padang Besar, Alor Setar pun dah susah nak jejak.


Nampak buah tak kenal ni, mungkin ianya sejenis kekacang. Mak Ngah mungkin tahu apa namanya. 


Wajiblah pusing keliling Kompleks Arked ni. Dulu-dulu (asyik terkenang) kalau ke sini, penuh tangan memborong tapi sekarang dah insaf. 


Dah penat pusing, singgah Border Kitchen ni yang menjual aneka Street Food dari Thai.


Aduh.. menggoda betul. Nasib baiklah baru lepas sarapan Pulut Kelapa dengan Nasi Lemak, hahaha.


Bertimbun udang galah baru angkat dari kuali. 


Miang Kham. Tak beli sebab tak ada geng nak makan. Takpe, tak teringin sangat pun.


Adik yang semeja dengan kami di Warung Tepi Sawah tu beritahu, kalau nak makan tengahari, dia rekomen Kedai Fauzi yang terletak tak jauh dari Padang Besar. Tapi, masa sampai Kedai Fauzi tu, masih kenyang bebeno lagi. Sampai Kerpan Titi Gajah, tiberrrr Pak Inche berhenti depan pasar ajak bungkus nasi campur.



Eh.. eh... tiber dia ajak makan, hahahaha. Ni pinggan Sk dan Pak Inche aje.. Imannya makan nasi lauk gulai kawah.


Nasi Putih Gulai Kawah
dan yang dalam gambar tu.. jumlahnya RM33.60
Murah giler! Dah habis makan, baru teringat, lupa bawa turun udang galah. Dah, tadi kata nak bungkus jer, tetiba makan, mana nak ingat, hahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Puaslah jalan-jalan dia ye.
    Tu kacang tu kalau tak silap Kak Amie nama dia kacang walnut. Isinya macam otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Isi walnut macam otak kan..biasa dicampur dalam carrot cake tu

      Delete
    2. Oh, selalu jumpa walnut yg dah kopek aje, hahahha

      Delete
  2. Betoi dah tu Cikgu Amie tolong jawab🤭
    Whole walnut..
    Kat sana banyak jual kekacang yang belum kopek macam mecadamia ..almond dan pistacio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak pernah nampak depa jual dulu2. Lama tak mai.. hahah.

      Delete
  3. Pergi sini memang rambang mata...nak- nak yang jual street food Thai tu..udang galah tu memang mencongkam jiwa la....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!