JALAN-JALAN NAIK CHOLEY DI KAMPUNG WARNA-WARNI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


SAMBUNGAN Kisah JJCM Perth.. lis!


OH, Sk lupa nak cerita, yang kami dapat semula duit penginapan satu malam di Ayu Rest House Homestay tu, tau. Ialah, mula-mula tu macam tak nak beritahu tuan homestay yang kami tak jadi menginap, kemudian Sk cakap dengan PI, kita cakap ajelah, kot-kot dia boleh pulang semula duit penginapan hari kedua tu. Duit deposit kalau hangus, tak apalah. Jadi, Sk whatsapp Kak Ayu, beritahu, kami tak jadi menginap dan nyatakan sebabnya yang kami ni tak biasa duduk di kawasan yang agak terpencil. Sk beritahu, kami dah letak semula kunci di tempatnya. Kak Ayu tawarkan sebuah lagi homestay milik ayah beliau, tapi kami menolak dan beritahu kami menginap di Elissa Hotel & Suites. Baiknya Kak Ayu,beliau pulangkan deposit bersama wang penginapan satu malam. Kak Ayu jugak beritahu, kebetulan ada yang bertanya dan nak menginap di homestay beliau hari esoknya tu, jadi bila kami beritahu dah keluar, dapatlah tetamu baru masuk esoknya. Tetamu tu lagilah, kali kedua dah menginap dekat situ, nampakkkk.. takde apapun sebenarnya tapi kami ni la yang paranoid, hahaha.

Baiklah, sambung kisah .. selepas tak jadi masuk ke Taman Ular tu, kami terus menuju ke Kuala Perlis untuk ke Kampung Warna-Warni. 


Kampung Warna Warni atau nama sebenarnya Kampung Seberang Ramai merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik dan menarik. Kampung ini tidak hanya menawarkan panorama yang memukau, tetapi juga menonjolkan kreativiti seni mural yang menghiasi setiap sudut rumah-rumah penduduk.

Apa yang menjadikan Kampung Warna Warni istimewa adalah dinding-dinding rumah yang dicat dengan pelbagai warna terang dan dihiasi dengan lukisan mural yang menarik. Lukisan-lukisan ini menggambarkan pelbagai tema termasuk alam semula jadi, budaya tempatan, dan kehidupan harian penduduk kampung. Karya seni yang dihasilkan oleh para pelukis tempatan ini memberikan suasana yang ceria dan menjadikan kampung ini sebagai lokasi yang sempurna untuk bergambar.

Walaupun dihiasi dengan seni moden, Kampung Warna Warni tetap mengekalkan suasana kampung tradisional Melayu. Para pengunjung boleh melihat kehidupan harian penduduk yang mesra dan berpeluang merasai budaya kampung yang damai. Di sini, anda boleh berbual dengan penduduk tempatan yang mesra dan mungkin berpeluang untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti harian seperti bertani atau menganyam. (sumber)


Kalau kita pusing-pusing Banda Hilir (Melaka) naik beca, di Kampung Warna-Warni ni boleh naik choley atau tuk-tuk. Nak jalan kaki pun boleh, tapi tengah panas memang tak sangguplah nak berjalan kaki, kalau petang-petang redup, okey jugaklah nak berjalan. Tu takpe, lutut pun dah mintak nyawa, hahaha.

Kadar bayaran yang dikenakan, RM35 untuk satu choley, pusing 7 kampung selama 40 minit. Tapi, macam tak sampai 40 minit, tu punnnn dah penat sangat. Dia yang jadi tak sampai 40 minit tu sebab kami ni banyak mengelat tak turun ambil gambar, hahaha.

Jambatan Tuanku Syed Putra atau dikenali juga sebagai Jambatan Warna-Warni juga Jambatan Pelangi. Jambatan ini penghubung kepada dua perkampungan iaitu Kampung Seberang Ramai (Kampung Warna-Warni) dan Kampung Seberang Tok Pi. (sumber)

Tuan Tanah Kedaung

Tuan Penaja.

Dua kampung terpisah oleh sungai.

Rumah tradisional didirikan di atas air. 

Rakamlah kenangan sebanyak mungkin, tak tahulah akan datang rasa memang tak datang lagi dah sini, jauhhhhhhhhhh!

Berangin atas ni.

Choley tunggu la sementara kita bergambar atas jambatan tu. Kemudian pusing kampung lagi. Kami ni pulak kalau tak dipaksa turun bergambar, memang malas, hahaha.

Satu kampung rumahnya warna-warni ya cuma ada satu kawasan ni, rumahnya diberi nama-nama negeri dalam Malaysia dan dicat mengikut warna bendera negeri masing-masing. 

Dalam kampung ni ada banyak jugak menjalankan perniagaan makanan, minuman dan buah tangan dari Perlis. Sk belilah jugak belacan Perlis yang dikatakan tersedap. Selain tu beli jugak kuit kapit ni, memang sedap la, cair di mulut.


Nak nak pulak makan dengan spread coklat pistachio ustaz ni haaa. Tak berenti, sapu suap, sapu suap, hihihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah, rezeki SK dapat duit balik..rezeki next guest dapat masuk menginap..

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya. Tak sangka Perlis ada tempat kampung macam ni untuk dilawati. Sekarang Perlis dah banyak tarikan tempat menarik kan. Tapi itulah, nak pergi jauh sekali. Akak yang dari Selatan lagilah kan terus ke Utara nun jauh. Elok jugalah tu turun bergambar, kalau tidak rugi. hihi...Bergaya masing-masing bergambau eh. Tempat cantik, haruslah posing.
    Alhamdulillah dapat full refund. Nasib bagitahu daripada burn gitu je. Dapat juga orang lain masuk menginap homestay tu.

    ReplyDelete
  3. Rezeki dapat balik duit deposit dan duit sewa 1 malam...murah rezeki Kak Ayu tu ye...cantik kat kampung warna warni tu.SA x pernah sampai lagi kalau la dapat pi Perlis lagi..bleh la explore

    ReplyDelete
  4. Aduh bila la en suami sudi nak bawa jalan² Perlis ni hihi... Sebab dekat dengan kampung dia, malas le huhu ...
    Perlis ni best macam² tarikan ada skrg ni šŸ‘šŸ»

    Lawalah outfit iman šŸ˜

    ReplyDelete
  5. Rezeki dapat semula deposit. Ada je yang suka duk tiny house kawasan terpencil camtu kot.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!