KARI IKAN BAWAL & KONCO-KONCONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


ANGIN kuat betul ya tengahari ni. Sk keluar buang sampah, rasa melayang ditiup angin. Mujurlah badan ni tebal, kalau nipis sikit mungkin dah melayang sampai ke rumah, hahaha. Sampai depan pintu, dengar bunyi benda jatuh. Dua batang tiang langsir dah menyembah lantai, memang kuat betul angin. Cuaca pun kurang panas hari ini.


Ni cerita hari ahad lepas, PI pergi pasar tani nak beli ikan merah katanya, nak mintak masak kari sebab lama sudah tak makan kari ikan. Iyer ke lama? Hahahaha. Sk catatkan dekat sini apa yang PI beli..

Ikan bawal saiz besar, dipotong enam (kepala, ekor, isi 4 keping) (RM35)

Ikan bawal kecik 2 ekor (RM18)

Ikan kerapu seekor (RM65)

Sengaja Sk catat harga tu untuk rujukan tahun-tahun mendatang, senang tengok balik kenaikan harga pasaran. Sekarang ni, dah tak ada lagi istilah, permintaan kurang, harga rendah, permintaan tinggi harga mahal. Setiap tahun pasti ada kenaikan, tak kisah demand atau tidak. Tapi, tu lah, kannn.. mana ikan merahnya? 🤣

Tak jadi masak kari ikan merah tapi Kari Ikan Bawal. Lama pulak katanya tak makan ikan bawal. Sk masak kari bahagian kepala, ekor dan satu isi. Lagi 3 bahagian isi, buat goreng. Tebal betul kulit ikan bawal ni, agaknya ikan tua, hahaha. Dalam kari, Sk masukkan bendi banyak juga dan tomato. 


Sk memang nak pesan PI beli tauhu untuk dimasukkan dalam tauge tapi tak cakap sebab malas pulak nak goreng dulu tauhu sebelum masuk dalam tauge. Tahu-tahu, dibawanya balik tauhu seplastik, ada 6 keping. Dua keping Sk potong 6, empat keping lagi Sk potong 4, goreng garing makan dengan sambal kicap.

Sk ada cerita sebelum ni, Sk beli cili padi, esoknya PI pulak beli, dah berlambak cili padi kat rumah. Ni kita buat sambal kicap lebih, senang nak makan bila-bila dah ada sambal kicapnya. Ni Sk goreng dulu dengan sikit minyak supaya tahan lama.


Selalu tauge ni lawannya asam pedas, dengan kari pun kira aci la kan. Tu dia, letak tauhu jer. Nak letak kucai, nanti banyak pulak rentetannya sebab kucai sekarang kena beli seikat terus tu banyak. Dulu-dulu kita ambil jer kat kedai banyak mana nak pakai, baru doploh sen.


Sambal belacan PI yang buat guna chopper jer. Tolong tu bagus, tapi Sk perati jer dia pasang chopper tu macam mana. Nasib eh Sk tengok, dia letak penutup tu, pusing-pusing tak masuk, lepas tu terus diletak mesin tu atas bowl tu nak tekan. Yakin betul, padahal pisau tu pun dia pakai letak aje dalam bowl tu, sabar aje la.


Ulam timun dan terung siam nak cicah kat sambal belacan. Terung siam dan bendi dalam kari seta tauge tu beli kat pasar malam Sg Tiram. Terung, bendi, taugeh, baru RM4. Terkejut nak bayar sebab murah sangat.


Isi ikan bawal, goreng dua keping hari ahad, esoknya (isnin) goreng lagi sekeping. Sk kan memang suka masak portion untuk dua kali makan. Esoknya,  panaskan kari ikan ada baki kepala dan ekor. Kurang sikitlah kerja bila main panaskan lauk aje. Bolehlah buat kerja lain pulak. Dah remaja purba ni Sk demand satu hari satu kerja jer buat. Sayang badan oi, kalau sakit, sendiri yang tanggung, betul tak?

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semalam nampak kari sotong hari ni kari ikan bawal pulak...

    ReplyDelete
  2. Sini sebelum subuh lagi dah angin kuat dan hujan lebat sampai jam 9 macam tu. Jarang sekali beli ikan bawal. Mak mentua je suka beli dan masak bawal. Kurang gemar sebab isinya nipis tak puas makan. Dapat yang tebal tu okaylah puas hati jugak kan.
    Orang lelaki kalau tak diperhatikan buat kerja, entah jadi apa. Nak marah tapi kena sabarrr...
    Yelah kan, kalau beli kucai tu kemain banyak satu ikat. Dah guna masak dengan taugeh, lepas tu tak tahu nak buat apa. Kena standby untuk buat cucur dengan goreng kuetiau lah kot. Takpun ulang menu yang sama je. Banyak betul beli tauhunya, siap boleh buat side dish lain.
    Terung siam bulat tu ye. Tak pernah makan ulam terung mentah. Lagipun terung bulat saya kurang gemar, suka yang terung purple panjang tu je. Mungkin boleh cuba kot kan, mana tahu tersuka pulak buat ulam. Murah tu, berbaloilah beli banyak pun. Betul-betul, senang gitu buat mana yang mudah je untuk kesenangan kita juga.

    ReplyDelete
  3. Bagus kita ada blog, macam-macam boleh catat untuk rujukan akan datang. Kalau nak ingat, memang tak ingatlah 😄

    Tahu-tahu…tauhu.
    Adeh…gelihati saya baca tau 😂

    Saya pun selalu masak apa-apa lebihkan, lepas tu frozen kan aje. Ada hari malas atau kurang sihat, ambik panaskan. Mudah.

    ReplyDelete
  4. Telan ailioq kita tengok Kari ikan Bawal tu ... Tadi belek dah IB dekat kedai acheh tapi tak menarik, tak brp segar.
    PH suka ulam terung tapi tak reti makan terung mentah. Teringin tp tak pernah makan. Camne rasa terung mentah ye SK? Kalau yg rebus @ bakar sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!