MAKAN LAKSA JOHOR SEDAP DI HOCK KEE KOPITIAM ECO BOTANIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


RABU lepas, berdua dengan Iman pergi makan di Hock Kee Kopitiam, Eco Botanic. Ini kali pertama la Iman ke sini. Sebelum ni, Sk dah pernah datang dengan PI, boleh baca old post, klik link di bawah..

MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM ECO BOTANIK

Hock Kee Kopitiam cawangan Eco Botanic ni baru-baru jugak dibuka dan yang penting ia mendapat pengesahan halal oleh JAKIM.



Sk pesan Hot Barley no sugar, tapi masih ada rasa manis-manis cuma tidaklah terlalu manis. Mungkin masa dia rebus barli tu dah letak gula. Yang datang hari tu minum barli ais, tawar macam tak letak gula  pulak, hahaha. Roti bakar is must, bestnya kalau dapat cicah dalam kopi kan tapi risau susah nak tidur pulak nanti walaupun kadang-kadang SK perasan, lut aje kalau minum kopi malam. Cuma nanti tidur tak lena la, asyik memikir dalam tidur.


Fikir banyak kali jugak nak pesan Laksa Johor sebab risau tak mencapai KPI, hehehe. Sebaik LJ diletak atas meja, rasa teruja tengok plating dia, tengok sambal belacan dia. Walaupun timun tu tak dihiris bulat, tapi okeylah dia sagat halus memanjang, bukan potong memanjang (julienne). Daun pudina tu tak patut ada situ, mungkin diletak sebagai hiasan. Begitu juga hirisan cili merah dan cili hijau. Tengok rupa sambal belacan dia, betul dah tu, meh kita rasa kuah dia.


Ternyata tak salah pilihan la. Ia Kuah laksa betul-betul sedap, rasa cukup bahan, rasa ikan dan rempah yang ditumis sempurna. Spaghetti pun elok rebusannya. Sk bagi 100/10 la.. betul-betul sedap, banyak pulak tu, puas makan. Iman pun setuju, siap nak minta tapau lagi, tapi Sk cakap, nanti datang lagi lain kali makan. Sebab kalau tapau, nak makan esok, rasa dia dah jadi lain, sebab spaghetti dah masuk peti sejuk.


HKK ni ambil dua lot kedai, dua kali datang tak perlu nak beratur walaupun pelanggan ramai.



Cantik lukisan kat belakang tu.


Iman nak makan nasi ayam tapi dah habis. Dia tukar dengan Tomyam Chicken Soup (Mee). Lambat jugak makanan Iman sampai. Rasa tomyam dia sedap yang biasalah, tak la wow sangat. Mungkin sebab ianya pilihan kedua, hehehe.


Kalau ada PI memang tak dapeklah nak kumpul semua makanan ambil gambar, hihi.


Berbayang gambar, lantaklah, hahaha.


Tak puas ambil gambar kejelitaan LJ.


Matcha Egg Tart tu Iman tapau. SK tak makan la matcha-matcha ni, tak kena dengan tekak, hihihi. Tapau Kueyteow goreng jugak tu, semoga sedaplah kueyteow goreng tu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tergoda dengan Laksa itu šŸ˜šŸ˜šŸ˜

    ReplyDelete
  2. Memang cantiklah laksa Johor tu SK, meriah aksesorinya.
    Saya yang tak biasa makan LJ pun ikut terliur tengok.

    ReplyDelete
  3. Waaa sedapnya, tapi kan KL ni kadang susah jumpa yang sedap lah kak

    ReplyDelete
  4. Sama la kita x makan Matcha2 ni...rasa rumput kan...sedapnya LJ...ada kawan opis orang Johor pandai buat, dia guna ikan parang..acane ntah dia buat..tapi no syatu la..sedappppp...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik mencapai KPI. Kalau tidak, kurang bintangnya tu. Food plating dia boleh dipuji lah kan. Biasa kalau ambil gambar dalam resto memang begitu ada bayang-bayang. Nyampah betul. Tapi ambil je lah buat modal dalam blog daripada tak ada. Maaf shakap, saya geng matcha. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!