MAKAN MALAM DI GHANIM KITCHEN CHINESE MUSLIM RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


HARI selasa lepas, kononnya nak masak la. PI request Kari Sotong dan Ayam Goreng. Dah siap rendam dah semuanya, lepas tu Sk terbaca kat thread ada yang share Ghanim Seafood Restaurant dah dibuka semula di lokasi yang lain. Kedai lama tutup dan mereka berpindah ke kedai baharu.


Terus PI kata, makan kat Ghanim. Jadi, sotong dan ayam yang dah lembut tu, Sk masukkan di bahagian chiller. 



PI tak berapa minat dengan menu-menu set sebab dalam satu set tu, mesti ada lauk yang dia tak makan atau tak kena dengan selera dia. Contoh.., Set 4 tu ada kari kepala ikan dan Golden Yam Ring. Set 3 pulak ada terung.


Jadi, memang biasanya kami akan ambil menu ala carte. Kalau makan kat kedai tomyam pun sama, cuma kedai tomyam kadang-kadang kita boleh tukar cara masakan sebab harga sama. 


Baby Kailan 8/10

Sedap yang biasa kami jumpa.


Chicken Lemon 8/10

Kurang 2 markah sebab macam keras sikit ayam goreng dia.


Sizzling Beancurd 10/10

Sos dia tu sedap, rencahnya isi ayam yang dicincang.


Salted Egg Squid 100/10

Walaupun dah kenyang, Sk sanggup habiskan sebab sedap giler, tak masin  tapi tak pastilah dia letak telur masin atau guna serbuk telur masin sebab kita tak jumpa serpihan telur masin dalam sos dia.


Baby Squid 8/10

Selalu sebelum pesan baby sotong, PI akan tanya dulu cara masakan tapi sebab buat pesanan guna kod QR, macam lupa nak tanya. Ingatkan sama macam kebanyakan tempat kami makan, akan dimasak goreng madu tapi yang sampai goreng tepung. Sedap, rangup cuma ada yang agak keras. Ni pun Sk kena habiskan sebab PI tak minat sangat masak macam ni.


Chili Lala 8/10

Kurang 2 markah sebab banyak isi lala terkeluar dari cengkerang. Asal ceduk, dah kosong. Malas pulak nak menggali dalam sos tu lagipun dah kenyang.


Lupa nak ambil gambar Shark Fin Soup. SFS 9/10 la, cair sikit tapi kadang kalau pekat sangat tu yang banyaknya tepung jagung. 

Dekat sini, makanan dah sedap tapi servisnya sangat lambat. Makanan dihantar satu satu, tapi kami tak tunggulah. Nak tunggu siap semua, sejuk pulak karang jadi kami terus makan mana-mana lauk yang dah sampai. Kami ada pesan Siakap Stim Nyonya (sampai 8 items eh order). Dah hujung-hujung pun siakap tak nampak bayang, kami pulak dah kenyang. Lepas tu tanya...


Ikan dah dimasak atau belum? 

Jika belum masak, cancel, jika dah masak, bungkus, huhuhu. Jawapannya, dah masak, jadi, kami minta bungkus.


Ni kalau nak pergi makan kat situ lagi, Sk nak telefon dulu minta masakkan siap-siap, aci tak?


Macam ni la PI bila dah kekenyangan, kita ni terpaksalah bersengkang mata memandu. Mujurlah masa balik ni Sk tak mengantuk macam masa pergi. Sk ni pulak jenis kalau lapar jadi mengantuk, kenyang jadi cargas, hahahaha. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya...SA pun suka masakan macam ni...cuma dah lama x makan sebab suami x pandai makan banyak2 lauk...dia lauk biasa satu je...amboi...nyenyak ye PI

    ReplyDelete
  2. sedap2 tgk menu tu....kalo ada set ni kdg2 mudah kdg2 tk ok sbb ada pilihan lauk kita xsuka..tu kena order ala carte

    ReplyDelete
  3. Hahahah bisa begitu yaa kak. Kenyang langsung sigap 🤭.

    Saya pun lebih suka saus telur Masin yg masih ada serpihan telur nya. Kalo terlalu halus, suka juga tapi lebih best yg masih ada potongan lah

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap sedappppp belaka
    tp bila baca tang service tu...waduhhh.... garu kepala dulu

    ReplyDelete
  5. Banyaknya lauk. Saya tak reti makan lauk banyak-banyak.
    Alhamdulillah... kekenyangan PI.

    ReplyDelete
  6. Tergoda tengok sizzling beancurd tu.
    Masing-masing ada markah ya 😀

    Tak suka kalau order kita sampai satu..satu. Jadi hilang mood nak makan.

    Pasangan serasi ni - sorang kenyang, ngantuk. Sorang kenyang, cergas pulak! 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!