MASAK MIHUN GORENG LETAK BABY KAILAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


BELI bahan nak masak mihun goreng ni semalam,  ingatkan nak masak malam semalam tapi malam tadi baru masak gara-gara makan tengahari pun dah lewat. Malam tu dua beranak tu makan roti, Sk tak makan. 


Rendam mihun separuh bungkus, tumis bawang putih, cili giling dan masukkan hirisan fish cake dan dada ayam. Sebelum tu, goreng tauhu tiga keping, ketepikan.

Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram dan sos tomato. Yang kelakar, masa kat kedai tu, PI ingat Sk dah ambik sayur sawi, Sk pulak ingat PI yang ambik. Nak potong sayur baru perasan tak ada. Jadi, Sk masukkan baby kailan. Hal baby kailan ni pun kelakar jugak, dah beli untuk masak tapi dah nak makan, baru ingat masih ada dalam peti sejuk. Tu la mihun goreng Sk ni letak sayur baby kailan. Mujurlah masih ingat nak beli tauge.


Jadi, lepas ayam masak, masukkan mihun, gaul rata-rata barulah masukkan tauge dan tauhu yang dah digoreng awal. Sk tak masukkan garam sebab dah cukup masinnya.



Potong cili padi, letak kicap cair, jadi, kalau rasa nak masin sikit, boleh renjis sikit kicap cair. PI la suka, Sk tak suka masin, huhu. 


Dahlah suka masin,  masam pun PI suka jugak. Jadi, dia perahlah limau ni dalam pinggan mihun dia. Sk tak suka mihun masam, hihi.


Padahal hari ahad tu dah beli cili padi, PI beli lagi semalam,  dah selambak cili padi. Sk cuci siap-siap, buang tangkai dan simpan dalam esbox. Nanti nak buat stok sambal kicap, cili padi bukan boleh simpan lama, nanti lembik dan lebam. Gunalah petua apa pun, paling-paling bertahan dua minggu yang dia masih nampak segar lagi.


Bekal sarapan mihun gorenglah Sk hari ni. Sk asingkan siap-siap dalam tupperware ni, pagi tadi panaskan dengan cara kukus. Terus kukus atas periuk nasi dalam bekas ni jugak tambah telur rebus sebiji. Burppp.. kenyangggg.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap ni bihun banyak rencah. Letak baby kailan pun sedap, rangup sikit dan tak pahit. Banyak pulak drama si kailan ni ek. Mesti banyak fikir ni masa tu tak tanya PI dah ambil ke belum. Pastu kailannya pula dilupakan nak masak. hihi..akhirnya masuk dalam bihun goreng jugak. Setel hal kailan. Uishh..masin sangat saya pun tak boleh go. Tambah pulak masam. Aduhh..lain macam selera PI. Boleh tengok je, tak boleh geng. hihi...

    ReplyDelete
  2. Bihun goreng ni kegemaran kita. Tapi dah lama tak buat. Jamu mata di sinilah ye.

    ReplyDelete
  3. Suka bihun masak macam ni...banyak sayur dan rencah...puas makan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!