MENGINAP 1 MALAM DI ROYAL PARK HOTEL BANGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KISAH percutian ke Perthhhh.. lih!



Selasa, lepas maghrib, kami memulakan perjalanan ke utara. Singgah makan malam di R&R Machap. Iman belum makan satu hari tu, dia makan Nasi Ayam Penyet. PI makan Mee Rebus Jawa dari Gerai Sinar Selancar ni. Lepas rasa Mee Jawa PI sedap, Sk pun pesan Mee Bandung dari gerai yang sama. Murah jer, RM6 semangkuk harga setiap satu dengan portion yang sesuai untuk seorang makan.


Sejak awal PI dah buat tempahan bilik di Royal Park Hotel Bangi. Tak sangka pulak Sk, hotel ni terletak dalam UNITEN (Universiti Tenaga Nasional). Sk keliru jugak, sebenarnya Bangi ke Kajang tempat ni. Maaflah ya kalau salah. Kami check in jam 11.30 malam.


Lama jugak urusan check in tu disebabkan semasa buat tempahan, kami tidak diberikan sebarang nombor untuk pengesahan. PI dah tanya banyak kali, tapi staf yang jawab tu beritahu, guna nombor telefon aje. Mujurlah masih ada bilik kosong. Dekat pukul 12 tengah malam baru dapat bilik.


Tu takpa, PI tempah bilik triple, tapi dapat bilik double. Dah kena menunggu lagi.


12.30 tengah malam baru siap. Rupanya, dia tambah katil aje dekat bilik asal tadi. Mungkin bilik ni flexi kot, boleh jadi double, boleh jadi triple kalau tengok pada kedudukan side table sebelah katil. Walaupun begitu, katil dan bantal empuk dan selesa, bilik kemas dan bersih, lengkap dengan seterika dan papan penggosok.


Pakej penginapan termasuk sarapan untuk tiga orang. Ada English Breakfast, Nasi Lemak, Kueyteow Goreng, Mi Sup dan pastries. 


Nasi lemak dia sedap macam guna santan asli. Sambal pun sedap.


Kueyteow goreng pun sedap.


Ruang restoran besar dan selesa. Kami tiga beranak jer sarapan kat sini. Nampak ada beberapa kursus dijalankan dan peserta menginap di sini, mungkin depa dah sarapan awal.


Besar kan restorannya, cantik pun cantik siap dengan pemandangan tasik.


Medan letak kereta pun luas, tak pasti ada parking bertingkat ke tak. Lepas sarapan kami terus check out. PI nak singgah tidoq Aloq Setaq pulak. 


Bersambung...

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nasib baik bilik and breakfast okay. kalau saya, tak keruan dah haha

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi Perthlis...cantik hotel tu..SA pun x pasti hotel ni kat Bangi ke kat Kajang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!