ROTI AWAN, MATCHA STRAWBERRY & TAKOYAKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 



AWAL bulan hari tu ada Pesta Dessert dan Kopi di Puteri Habour Iskandar Puteri. Sajalah jalan-jalan sekejap dengan Iman, PI tak ada. Kalau ada PI, dia tak minat food festival macam ni, tapi kalau pasar malam, PI suka pulak.


Tujuan ke sini semata-mata nak beli Roti Awan yang dibawakan dari negeri Pulau Pinang. Tapi, dekat bawah tu dia tulis Roti Langit ek. Kat banner belakang, Roti Awan. Iman kata, sama aje langit dengan awan. Eh, mana sama.


Rotinya dikukus dahulu kemudian dimasukkan filling atau jem pilihan pelanggan. 


Boleh pilih la nak flavour jem apa. Lepas terkena kek coklat topping pistachio yang rasa ubat tu, serik pulak nak minta flavour pistachio.


Baru lepas maghrib masa ni, langit masih biru lagi.


Jem tu dia picit aje dalam lapisan roti macam tu. Penuh inti, tak lokek.


Jauh depa datang dari Penang.


Pilihan perisa dan harga Roti Awan. Kami ambil yang set of 3, RM18.


Iman kata, gerai ni viral setiap kali ada food festival. 


Selain roti awan, Iman nak Matcha Strawberry.


Menu Kopi dan gambarnya.


Sini lagi banyak menu.


Kopi Panda ni nama kedai kot.


Bahagia dapat Roti Awan dan Matcha Strawberry ya.


Saja snap banyak-banyak pic Iman dengan Roti Awan dan Matcha Strawberrynya.


Roti Awan RM18
Matcha Strawberry RM16

Roti Awan tu ambil perisa Red velvet, tiramisu dan satu lagi tu bubble gum ke apa ek. lupa pulak nama flavour tu. Kali ni, tiramisu pulak rasa ubat, hahaha. Rv paling sedapppp.


Sk nak Takoyaki Octopus, RM16/5pcs. Sedap takoyaki dia. Sk mula-mula makan takoyaki lebih 10 tahun lepas dekat Leisure Mall, tapi yang tu macam hanyir. Aaa.. jangan tak tahu, kuali takoyaki pun Sk ada beli tau,  punyalah suka makan takoyaki. Beli kuali dia tu sebab dulu-dulu susah nak jumpa takoyaki dijual orang Melayu kita. Tapi, sekali aje pun buatnya, hahahaha.


Takoyaki ni makan kat rumah. Roti Awan dan Matcha pun separuh bawa balik, tak selesa sangat makan dekat bangku kayu keras tu. Meja semua penuh. 


Mereka semua ni setahu Sk memang tiada kedai sendiri dan pendapatan bergantung sepenuhnya jika ada food festival.  Sebab tu la di Johor ni setiap minggu ada food festival dan harga pun boleh tahan laaaa. Ni pun pergi sebab Iman, kalau Sk memang malas la.. dan lagipun bukan selalu pergi.  Sekali-sekala okeylah, kalau tiap minggu pergi, rabak jugaklah poket, hahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. food festival mmg syok pi ngan anak...mcm2 nk jamu mata kan hehe...roti awan..roti langit hehe

    ReplyDelete
  2. Awan dan langit tak sama. Boleh pulak nama lain-lain ye. Baguslah jenis peniaga tak kedekut bahan. Paling seronok Iman lah dapat beli macam-macam. Pelik juga PI ni, lebih kurang je pasar malam dan Food Fest. hihi..Agaknya pasar malam tu lagi meriah lagi banyak makanan kot. Food Fest ni lebih kepada makanan viral.
    Menarik juga tapak Food Fest ni, meriah dengan lampu. Stall pun menarik. Puas hati beli tako ada sotong besar gitu. Baru betul takoyaki sotong.
    Ye, memang rabak poket kalau pergi selalu. Harga makanan bukan murah sekarang ni. Mereka pun nak cover bayar sewa tapak juga kan.

    ReplyDelete
  3. Lebih baik namakan roti kayangan.
    Harga pun bpleh tahan.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya.... Tapi tu la nun jauh di sana.. hahaha.. kalau dekat dah pergi ni... Kita bab coffee ni aiiii suka hahaha šŸ˜‚

    ReplyDelete
  5. Dalam gambar di gerai tu roti awan ada rupa roti pelangi.
    Alaaaa... ada juga SK pakai sekali kuali takoyaki tu. Kita tak pernah pakai pun. Entah berapa lama dah belinya.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap pulak roti awan tu. Kejap awan kejap langit sama je kot šŸ˜…. Pekena roti dengan kopi pun layan jugak malam2.

    ReplyDelete
  7. Ramai juga orang yg berniaga macam ni.... dari karnival ke karnival....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!