SARAPAN DI KLASIK KOPITIAM @ MEDINI ISKANDAR PUTERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


SUDAH beberapa hari ponsel Sk memaparkan peringatan, full memory.  Puas buang gambar dalam galeri, tapi sayangnya nak buang gambar anak-anak kucing di kolej. Kebanyakan anak-anak kucing tu dah tak ada, tu la sayang nak buang. Nanti nak buat album baru dekat muka buku, pindahkan semua gambar kat situ dulu baru buang, hihi. Jadinya, Sk tak boleh guna kamera ponsel Sk, gambar-gambar kat bawah ni, tumpang kamera PI, hehehe.



Tak lama lagi Iman dah kena balik kampus. Macam Sk beritahu sebelum ni, walaupun semester baru belum bermula tapi Iman ada tiga program kelab yang disertainya di U. Sebelum balik, kenalah beli keperluannya di kolej kediaman dari segala mak nenek skin care, mekap serta sabun dan pewangi pakaian. Di JB ni, kalau nak ke mana-mana, silalah keluar pagi-pagi kalau tak nak terperangkap dalam jammed. Jadi, kami sarapan di luar terus, PI jumpa port breakfast baru di TT, Klasik Kopitiam yang terletak di Medini, Iskandar Puteri.


Masing-masing dah berangan, sedapnya kalau ada Nasi Lemak Daun Pisang. Jadi kenyataan angan-angan, tapi disebabkan saiz bungkusan nasi lemak tu agak besar, Sk tak ambil. Sk nak makan Lontong, padahal sepanjang bulan ni entah berapa kali dah makan lontong kak sab, hahaha.


Iman dan PI makan nasi lemak. Sk jamah sikit, nasi lemaknya sangat wow ya, dari nasi sehingga ke sambal dengan telur rebus sebelah. Pakkal jer la dah pesan lontong, nak tapau entah bila pulak nak makannnya sebab lepas tu nak pergi beli barang Iman pulak. Aaa.. nanti lain kali nak datang lagi makan sikmak pulak.


Telur separuh masak untuk PI dan Roti Bakar. Telur separuh masak dia dah pecahkan siap-siap masuk mangkuk, senanglah kerja Sk.  Pesanan makanan dekat sini kena buat melalui imbasan QR, tapi ada jugak makanan dan kuih-muih layan diri. Nanti masa nak bayar beritahu pada juruwang tambahan makanan yang kita ambil sendiri tu.


Lontong lengkap dengan sambal kacang, sambal tumis dan serunding kelapa. Ni kalau letak rendang, mesti ingat hari tu hari raya.Dari kuah lodeh dan sambal-sambal, semua sedap. Nasi impit pun lembut macam homemade. Tak sangka la lontongnya sesedap itu. Jadi, kalau datang lain kali ni, nak repeat lontong ke nasi lemak ek? Dilema jugak la macam ni, hihihi.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!