Assalamualaikum WBT
SEJAK beberapa hari ini hati asyik berdebar-debar dan tak putus berdoa agar pasukan yang membawa bantuan ke G, sampai dengan selamat. Tapi, awal pagi tadi terasa terlalu berdukacita apabila 13 rakyat Malaysia yang menyertai Sumud Flotilla telah ditawan. Hanya Ardell sahaja yang masih selamat walaupun hilang dari live namun kapal yang Ardell naiki masih ada dalam jejak. Ya Allah, berilah bantuan kepada mereka. Mereka ke sana bukan sebagai pengganas tetapi memberi bantuan kemanusiaan. Semoga mereka tidak diapa-apakan, Aminnnn Ya Robbal Alaminnn.
Selepas selesai Long Call, anak saudara Sk, Izzat di Mahkamah Sivil semalam, kami ke Kompleks Mahkamah Tinggi Johor Bahru pulak untuk berfoto kenangan. Puas bergambar, kami ke Restoran Zaituna di Taman Tasek pula untuk acara makan-makan.
Sepatutnya PI akan join makan tengahari di sini tapi dia sibuk pulak semalam dengan kerja hakiki. Kira macam tak cukup korum la ni. Along pun tak dapat datang, kata Angah.
Macam biasa la, dorang ni wajib pesan Kunafa tapi kenapa kunafa dia Sk rasa dah tak macam dulu. Macam rasa ubat (mungkin ada bahan pengawet). Tapi, Iman kata, okey jer sedap, hehe.
Caramel Pudding. Yang ni rasa dia guna agar-agar, kalau guna telur sepenuhnya, tekstur lagi lunak.
Tak tahulah apa nama makanan ni, macam salad yang dicincang halus, sedap jugak, Sk makan bersama nasi.
Aiskrim Strawberry dan pudina kot yang hijau tu.
Shawarma dan fries.
Ambil set dulang. Set ni ada tiga jenis nasi dan lauknya kambing serta ayam.
Set kebab ni ada kambing panggang, daging lembu dan ayam yang dipanggang juga.
Nampak meja depan punya Alpukat, kami pun terpikat.
Nak makan, ceduk dari dulang, makan dalam pinggan masing-masing.
Pesan minuman dalam jug juga.
Cik Ani tiga beranak.
Jempuit!
Lepas tu, sambut anniversary Angah pulak yang ke 26 kot.
Indah buat Kek Batik dan satu lagi tu pistachio cake beli kat situ jugak.
Kita makanlah kek pulak jangan tidak.
Sedapppp kek Indah buat.
Akhir sekali makan buah-buahan.
Terima kasih Master Izzat semasa chambering yang belanja kami semua. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki wang dan kesihatan puan sekeluarga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Wahhhh master yang belanja. Dapat retain di firm lama tak?
ReplyDeletemeriah nasi dlm dulang..mkn plak ramai2..
ReplyDeleteMemang kenyaaaang lah ini kak 😍😍😍😍. Macam2 yaaaa.... Sampai dessert cake ada juga. Nasi dulang nya yg menggoda sangaaat lah tuh
ReplyDeleteMacam2 menu ada ni. Meriah betul. Meraikan orang yang baru selesai long call ye.
ReplyDeleteBaiknya Master tu 👍🏻
ReplyDeleteLawanya fruit platter tu, pelbagai warna.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيل
Basah mata kita hari ni SK :(
seronoknya dapat makan sama sama ramai ramai. Tahniah Izzat dan mak pak sedara yang sama sama meraikan kejayaan anak buah
ReplyDeleteMemang tempat favourite kita anak beranak ni especially kunafa dengan baklava tu. Wajib order. Senang anak ramai makan dalam dulang. HAHAHAHA.
ReplyDeleteBestnya master belanja...nampak sedap semua makanan tu...paling tertarik jus alpukat...dapnyaaaa
ReplyDeletefuhhh ada kambing confirm terangkat...
ReplyDeletelg pulaa ada org belanja kannnn ;-)
Kalau kunafa rasa macam ada ubat tu lain macam bunyinya SK.
ReplyDeleteMacam-macam menunya, rasa macam bak selit suap semulut. Selamat menjamu selera.
Alhamdulillah...rezeki dikongsi bersama..set kebab tu menarik
ReplyDeleteKlasik rupa jug dia. Bestnya makan set dulang. Meriah, makan bersama keluarga besor. Senyum lebar Iman. 😊
ReplyDelete