MAKAN DI THE RUMAH CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


KAWAN Sk tanya, aku tengok kau minggu ni awal sampai? Hahaha.. ingatkan tak ada yang perasan. Ialah, pukul 7 dah nampak kereta parkir depan pejabat kot, takkanlah tak perasan. Dia pulak memang tinggal di kuarters, jadi keluar hantar anak tu nampaklah kot kereta Sk. Mesti dia pelik, hehe. Subuh awal ni bolehlah keluar awal. Jangan kena time subuh pukul 6 lebih, nanti nak keluar simpang jalan besar berselisih dengan orang balik masjid. Kadang, dorang ni nama aje balik masjid tapi bawa motor merempit, huhuhu.



Ni kisah balik dari Menginap di The Katerina Hotel Batu Pahat tu, Sk ajak PI singgah ke The Rumah Cafe yang terletak tidak jauh dari simpang pekan Benut. Tahu tak jauh tu sebab tengok dalam waze. Kalau jauh dari pekan Benut tu, tak jadi jugak nak singgah. Memang dekat sangat, tak sampai 5 minit dari simpang empat tu.



"Ngopi dulu.. hirup sekali kisah pahit hidupmu"


Tahu pasal The Rumah Cafe ni atas perkongsian seorang threadian. Aaa.. sekarang layan thread aje ko ya Sk, hahaha. Netizen kata, orang yang layan thread ni ialah orang yang suka membaca. Ini fakta ya, sebab dekat thread memang kena banyak membaca terutama bebenang yang sampai dah beratus episod. Tu belum lagi rajin nak baca komen dari atas sampai bawah, hahaha.




Meh la kita study menu di The Rumah Cafe ni. Tapi tu la, Sk macam tak ingat nak ambil gambar semua menu. Baca kat threads hari tu katanya Chicken Chop kat sini sedap tapi macam tak berapa lapar sangat nak makan berat.




Selain menu western ada pelbagai pilihan menu lokal, Indonesian cuisine dan gandingan menu lokal dan barat contohnya Nasi Goreng Chicken Chop. Eh, tapi baru Sk teringat yang Sk pernah terbaca tau, rupa-rupanya Chicken Chop tu bukanlah menu dari barat tapi ianya masakan yang dibawa oleh orang cina dari Tanah Besar Cina yang datang berhijrah ke Tanah Melayu semasa zaman British.




Cantik dan klasik konsep yang diketengahkan oleh The Rumah Cafe ni. Kawasan parkir pun luas dan ada dua bahagian untuk menjamu selera. Boleh pilih nak duduk di khemah kekal yang menggunakan meja dan kerusi atau duduk di bangunan terbuka yang diperbuat dari kayu.




Kalau nak santai-santai bolehlah duduk di sini, tapi kalau nak makan makanan berat rasanya lebih baik duduk di sebelah sana. Bangku dan meja di sini dibuat dari kayu terpakai, sakit tongking duduk lama-lama, hahaha.




Sinki dia jer la moden. 




Kami tak mengopi la tapi... tapi, lupa pulak la nama air PI ni, masa bayar pulak tak dapat resit. Air dalam botol tu, air masak bawa dari hotel. Entah, agaknya Sk aje la kot yang suka top up botol minuman hotel tu dengan air masak baki kita buat teh kopi dekat hotel tu.




Tudung twist beli dekat TT. Mula beli sehelai warna biru lepas tu rasa elok pulak, beli lagi sehelai. Yang ni warna salmon. Pernah dulu beli tudung twist plain tapi jahitan awningnya pendek, yang ni lebar, senang nak bentuk. Tudung pun labuh tutup depan dan belakang.




Siapa-siapa yang datang The Rumah Cafe ni, please la pesan roti bakar dia. Ini pertama kali la Sk jumpa roti bakar macam ni. Dia bukan bakar dan sapu kaya tau, dia lain. Rotinya pulak jenis tebal macam roti kacang pool tu dan dibakar menggunakan oven. Dia punya sedap tu tak boleh bincang, sampai Sk pandang PI, PI pandang Sk, hilang kata-kata gitu, hahaha.




Pesan Ayam Korea.




Sedap, pedas, terangkat. Siapa suka makan Ayam Korea bolehlah pesan ni. Cuma satu jer la masalahnya, sambil makan kena berperang dengan lalat. Ni nak ambil gambar pun sambil kibas tangan lepas tu lalat lari (baca: terbang) cepat-cepat snap, huhu. Total semua, RM28. 


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. terliur tgk roti bakar tu...cafe ni tenang nmpknya vibes santai2 gitu bangku tu

    ReplyDelete
  2. boleh je pi sini utk makan sambil santai2 dgn kwn2 nanti...

    ReplyDelete
  3. Makanan nampak sedap...ala..berperang dengan lalat tu yang x best...

    ReplyDelete
  4. mudah-mudahan takde lalat yang laju terbang masuk dalam mulut masa menganga tu...ahaksss. imaginasi betul dia ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!