Assalamualaikum WBT
LEBIH kurang 10 hari lagi, kita akan menutup kalendar tahun 2025. Sekejap aje habis tahun 2025 ni rasanya. Ni dah nak masuk tahun 2026, ada azam baru tak? Kalau ditanya Sk, entahlah, dah masuk usia remaja purba ni dah tak ada azam lagi dah. Cuma fikir apalah nak jadi esok? Huhuhu. Apapun semoga semuanya baik-baik sajalah untuk hari-hari seterusnya.
Balik kampung angkat hari tu, awal-awal Sk dah cakap dengan PI, tak nak makan Asam Pedas Hajjah Mona. Nak makan tempat yang lain sikit. Nasi lemak ikan bakar pun dah lama tak makan. PI ajak ke
Ikan Bakar Cikgu di Anjung Batu. Sebelum ke Anjung Batu, kami ke Cafe Bubur Kampung Hulu yang terletak di Jonker Walk atas cadangan Along tapi dua kali pusing tak ada parkir berhampiran. Jadinya, kami terus ke Anjung Batu. Pun tak jadi sebab rupa-rupanya restoran cikgu dah tutup dan bertukar menjadi restoran untuk sarapan sahaja. Sudahnya, kami ke Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.
Kali pertama ke sini sejak awal ia dibuka bertahun-tahun lepas. Along la yang bawa. Lepas tu ada datang lagi dua kali kot, tapi tak jumpa pulak ceritanya dalam old post. Dekat sini, kita beratur dulu dan tunggu staf bagi meja. PI minta duduk di meja luar ruangan terbuka dan tidak berbumbung ni. Harap-harap, janganlah tengah makan, hujannnn.
Dekat meja tu tadi, kita buat pesanan minuman. Kemudian, bolehlah pergi ke kaunter seafood tu untuk pilih haiwan laut dan jenis masakannya. Nak lauk-lauk lain seperti sayur pun boleh pesan di sini terus.
Harga makanan laut mengikut harga pasaran. Di sini dipaparkan juga harga-harga makanan lain siap masak.
King Crab dan Lobster pun ado!
Kami tak bercadang nak ambil ikan besar kali ni sebab nanti tak habis, sayang.
Tengok bawal emas ni macam kecik, tapi macam serik teringat harga makan bawal emas di PD, hahaha.
Ikan pari pun macam besar, jadinya kami pilih ikan kembung sorang sekor.
Ada staf yang tugasnya hantar minuman aje. Ada yang hantar kicap pencicah aje. Ada yang hantar nasi lemak aje. Maknanya, semua kerja tu dah dikhususkan, laju jer la semua sampai kecuali lauk-lauk bakar tu lambat sikit.
Nasi lemak dia hantar dengan setengah mangkuk kacang salut telur ni. Jadi, sementara menunggu tu, bolehlah mengacang dahulu. Tak pastilah kacang ni free atau kena bayar sebab PI tak dapat resit. Kalau minta, mungkin tahu kot free atau kena bayar. Pasal tak dapat resit tu la, Sk tak ingat berapa total kami makan ni.
Kangkung belacan, sedap. Kami ratah dulu la sayur kangkung ni.
Lepas tu dia hantar Sotong Goreng Tepung. Staf yang hantar sotong ni bawa berpinggan-pinggan sotong hantar ke meja-meja. Sk tengok kepala sotong ni dua, betullah mintak-mintak ini sotong kami, hihi.
Sotong dah nak habis, huhuhu.
Kemudian, barulah mereka hantar makanan yang dibakar. Kami pilih udang bakar kosong jer.
Sotong tiga ekor, bakar kosong jugak. Sk tak gemar sotong bakar, ni semua untuk PI. Tapi dia paksa Sk makan sekor, baiklahhh.
Ikan kembung dia balut daun pisang sebelum bakar.
Ni ikan kembung batu kot, isi dia keras. Ni pun PI makan tak sampai sebelah ikan ya. Sk la jugak kasi perabih. Nasib Sk suka ikan.
Boleh pilih nak makan dengan nasi putih. Kami memang suka kalau dengan nasi lemak. Nasi lemak dia sedap, tapi sambal dia sikit. Kami pulak memang tengah lapar, last makan Kacang Pool dekat Rumah Kayu 1953 di Batu Pahat.
Sk buka bungkusan nasi lemak yang kedua. Eh, yang ni lain sikit rupa dia, sambal banyak dan ditutup daun pisang. Yang pertama tadi tak ada daun pisang.
Nasi lemak dia sempoi gitu ajelah, telur pun tak ada. Tapi sebab dekat sini pun nanti kita makan dengan lauk bakar-bakar kan, kira acilah nasi lemak tak ada telur, hehehe.
Syukur.. Alhamdulillah.
sedapnya..dlu2 outstation slalu mkn sini...suka sotong celup tepung kt sini
ReplyDeletePernah makan kat sini, sampai pukul 5pm, the first customer..order dan datang balik...tapi miss communication, order kita pi ke orang lain dan kita terpaksa tunggu 2 jam untuk dapat order kita balik...
ReplyDeleteLama tak makan sini.. Banyak pilihan ikan dan haiwan laut.. Sotong goreng tepung paling win.. Biasa kena pergi awal kalau tidak ramai dan makanan lambat sampai.
ReplyDeleteLama tak makan ikan bakar dekat Melaka ni...mmg suka sebab makan dgn nasi lemak kan
ReplyDeleteikan bakar muara sungai duyung ni salah satu port makan yang saya nak pi tapi setakat ni belum berkesempatan.. femes amat tempat ni. tengok review dalam yt dan tt.. katanya ikan segar-segar je yang dimasak..
ReplyDelete