MAKAN DI RESTORAN IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT


LEBIH kurang 10 hari lagi, kita akan menutup kalendar tahun 2025. Sekejap aje habis tahun 2025 ni rasanya. Ni dah nak masuk tahun 2026, ada azam baru tak? Kalau ditanya Sk, entahlah, dah masuk usia remaja purba ni dah tak ada azam lagi dah. Cuma fikir apalah nak jadi esok? Huhuhu. Apapun semoga semuanya baik-baik sajalah untuk hari-hari seterusnya.



Balik kampung angkat hari tu, awal-awal Sk dah cakap dengan PI, tak nak makan Asam Pedas Hajjah Mona. Nak makan tempat yang lain sikit. Nasi lemak ikan bakar pun dah lama tak makan. PI ajak ke Ikan Bakar Cikgu di Anjung Batu. Sebelum ke Anjung Batu, kami ke Cafe Bubur Kampung Hulu yang terletak di Jonker Walk atas cadangan Along tapi dua kali pusing tak ada parkir berhampiran. Jadinya, kami terus ke Anjung Batu. Pun tak jadi sebab rupa-rupanya restoran cikgu dah tutup dan bertukar menjadi restoran untuk sarapan sahaja. Sudahnya, kami ke Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.



Kali pertama ke sini sejak awal ia dibuka bertahun-tahun lepas. Along la yang bawa. Lepas tu ada datang lagi dua kali kot, tapi tak jumpa pulak ceritanya dalam old post. Dekat sini, kita beratur dulu dan tunggu staf bagi meja. PI minta duduk di meja luar ruangan terbuka dan tidak berbumbung ni. Harap-harap, janganlah tengah makan, hujannnn.


Dekat meja tu tadi, kita buat pesanan minuman. Kemudian, bolehlah pergi ke kaunter seafood tu untuk pilih haiwan laut dan jenis masakannya. Nak lauk-lauk lain seperti sayur pun boleh pesan di sini terus.



Harga makanan laut mengikut harga pasaran. Di sini dipaparkan juga harga-harga makanan lain siap masak.


King Crab dan Lobster pun ado!


Kami tak bercadang nak ambil ikan besar kali ni sebab nanti tak habis, sayang. 


Tengok bawal emas ni macam kecik, tapi macam serik teringat harga makan bawal emas di PD, hahaha.



Ikan pari pun macam besar, jadinya kami pilih ikan kembung sorang sekor.



Ada staf yang tugasnya hantar minuman aje. Ada yang hantar kicap pencicah aje. Ada yang hantar nasi lemak aje. Maknanya, semua kerja tu dah dikhususkan, laju jer la semua sampai kecuali lauk-lauk bakar tu lambat sikit.


Nasi lemak dia hantar dengan setengah mangkuk kacang salut telur ni. Jadi, sementara menunggu tu, bolehlah mengacang dahulu. Tak pastilah kacang ni free atau kena bayar sebab PI tak dapat resit. Kalau minta, mungkin tahu kot free atau kena bayar. Pasal tak dapat resit tu la, Sk tak ingat berapa total kami makan ni. 



Kangkung belacan, sedap. Kami ratah dulu la sayur kangkung ni.



Lepas tu dia hantar Sotong Goreng Tepung. Staf yang hantar sotong ni bawa berpinggan-pinggan sotong hantar ke meja-meja. Sk tengok kepala sotong ni dua, betullah mintak-mintak ini sotong kami, hihi.



Sotong dah nak habis, huhuhu.



Kemudian, barulah mereka hantar makanan yang dibakar. Kami pilih udang bakar kosong jer.



Sotong tiga ekor, bakar kosong jugak. Sk tak gemar sotong bakar, ni semua untuk PI. Tapi dia paksa Sk makan sekor, baiklahhh.



Ikan kembung dia balut daun pisang sebelum bakar.



Ni ikan kembung batu kot, isi dia keras. Ni pun PI makan tak sampai sebelah ikan ya. Sk la jugak kasi perabih. Nasib Sk suka ikan.


Boleh pilih nak makan dengan nasi putih. Kami memang suka kalau dengan nasi lemak. Nasi lemak dia sedap, tapi sambal dia sikit. Kami pulak memang tengah lapar, last makan Kacang Pool dekat Rumah Kayu 1953 di Batu Pahat.



Sk buka bungkusan nasi lemak yang kedua. Eh, yang ni lain sikit rupa dia, sambal banyak dan ditutup daun pisang. Yang pertama tadi tak ada daun pisang.


Nasi lemak dia sempoi gitu ajelah, telur pun tak ada. Tapi sebab dekat sini pun nanti kita makan dengan lauk bakar-bakar kan, kira acilah nasi lemak tak ada telur, hehehe.

Syukur.. Alhamdulillah.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya..dlu2 outstation slalu mkn sini...suka sotong celup tepung kt sini

    ReplyDelete
  2. Pernah makan kat sini, sampai pukul 5pm, the first customer..order dan datang balik...tapi miss communication, order kita pi ke orang lain dan kita terpaksa tunggu 2 jam untuk dapat order kita balik...

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan sini.. Banyak pilihan ikan dan haiwan laut.. Sotong goreng tepung paling win.. Biasa kena pergi awal kalau tidak ramai dan makanan lambat sampai.

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan ikan bakar dekat Melaka ni...mmg suka sebab makan dgn nasi lemak kan

    ReplyDelete
  5. ikan bakar muara sungai duyung ni salah satu port makan yang saya nak pi tapi setakat ni belum berkesempatan.. femes amat tempat ni. tengok review dalam yt dan tt.. katanya ikan segar-segar je yang dimasak..

    ReplyDelete
  6. Memang peminat nasi lemak betul ni. Sedap meratah je kalau yang bakar2 ni.

    ReplyDelete
  7. Kalau signbord kat Melaka mesti ada maskot mamee kan?

    ReplyDelete
  8. Nampak pun dah tau sedap..apa lagi dapat makan..hihihi .
    Ada nampak Duyung tak?

    ReplyDelete
  9. Itulah kan, dah tak boleh nak fikir dah azam apa. Jalani sajalah hidup dengan lebih baik dengan baki umur yang tinggal ni.
    Seafood dia nampak fresh. Hihi..serik ek nak pesan ikan bawal tu.
    Baguslah mereka tangkas buat kerja sebab ramai pekerja yang ikut kerja masing-masing. Tak tahu pulak ada ikan kembung batu.
    Kalau makan beramai-ramai ni eloklah makan masa tengah lapar, baru dapat habis makan semuanya kan. Tak membazir.
    Nasi lemak sekarang memang begitu. Susah dah nak jumpa telur, ikan bilis, timun dan kacang tanah goreng. Nasi lemak dan sambal semata-mata je.

    ReplyDelete
  10. ms arwah mak cik masih ada dulu hampir tiap2 tahun kami mkn kat sini. sm ada sempena birthday anak dia atau pun anniversary kahwin dia... sy sendiri pernah bw kawan2 opis mkn kat sini... ms tu blk kenduri (konvoi) dr batu pahat. then diorg ckp nak mkn ikan bakar kat melaka. soo sy reserved mkn kat sini. utk 30 org bilnya RM800++ tu harga 10 thn lps laa

    ReplyDelete
  11. tak ingat pernah ke tidak kami sampai sini. kampung angkat PI tu kampung kandung suami ammi hahaha tapi nama kami nak berjalan sangat kalau balik Melaka memang tidaklah kecuali semua plan nak makan luar. kalau tak tu adik bradik abah prefer kita kumpul di satu rumah dan makan ramai-ramai. penat makan, kita baring, pastu bukak balik tudung saji

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!