Assalamualaikum WBT
LAGI dua hari jer kita akan bercuti sempena sambutan Hari Krismas oleh penganut agama Kristian. Cuti yang paling hujung la cuti Krismas ni, kan. Bos Sk masa bekerja di sebuah institusi swasta dulu merupakan seorang penganut agama Kristian. Setiap kali perayaan Krismas, beliau akan bercuti panjang sehingga 31 Disember. Sk percaya ramai yang begini, sebab tu la hujung-hujung tahun ni jalanraya lengang ditambah lagi pulak cuti sekolah. Hurmm.. apalah khabar bos Sk tu sekarang, semoga dia baik-baik sahaja.
Cerita hari Ahad, 14 Disember 2025, masak Sambal Tumis Udang Petai. Udang tu dah dua tiga minggu jugak PI beli kat Pasar Tani. Hari ahad tu, malam kan ada siaran langsung final Piala FA, JDT vs Sabah, jadi kami makan awal.
Beli petai siap kopek di Maslee sebungkus kecik. Sk belah dua, Mula ingat nak masukkan separuh je tapi fikir-fikir nanti lagi separuh tu layu macam tu aje, Sk masuk ajelah semua, senang.. habis cerita, haha. Udang PI minta kopek terus kulitnya. Layan aje la kopek udang 16 ekor. Cili kering pun baru giling tu (baca - kisar) masa nak masak.
Goreng telur mata dua biji letak kicap manis.
Dengan kuali-kuali naik atas meja. Orang tua dulu-dulu pantang hidang periuk atas meja tapi orang tua sekarang (Sk la..) tak kisah. Logiknya dulu-dulu orang memasak guna dapur kayu sampai periuk berjelaga, tu la tu tak bagi naik periuk atas meja, betul tak?
Syukur Alhamdulillah, malam tu Pasukan JDT muncul Juara Piala FA jadi bangsa Johor dapat cuti peristiwa. Pagi tu ada lebih nasi semalam tu sepinggan, Sk buat sarapan nasi goreng guna pes nasi goreng kampung extra pedas Adabi. Perghh.. memang power, pedas sampai tak terucap, hahaha.
Ui, sedap tu kak... ada sambal ada telur mata... mmg ngam laaa... x toleh lain dh.. kak x cuti ke? sy pun last keja hari ni.. esok dh start cuti sampai 31/12... thn dpn br masuk ofis balik.. hehehe
ReplyDeleteSyoknya Mim cuti sampai habis tahun. Kita tak cuti, esok pun kerja lagi.
Deletevkend br makan menu sambal udang tp tkde petai
ReplyDeleteJanji udang mesti sodap tu, Amy.
DeleteMenu evergreen ni....petai fresh mesti lagi sedap..saya baru ni beli petai frozen...makan kembung perut..hihihi
ReplyDeleteAisehmannnn.. sapu minyak yuyi la kalau kembung perut tu, MC.
Deleteorg yg tak makan petai hanya mampu tgk gmbr je laaa hehehe sy laa tuuu
ReplyDeleteSo sedap sambal udang petai. Mujurlah dah makan haritu masa balik kg, kakak masak. Lepas tekak teringin makan masakan kampung. Senang gitu kalau petai dah siap kopek. Ambil masa juga nak mengopek tu. Wah, terus sedap ek masak nasi goreng guna perencah. Alhamdulillah.
ReplyDeleteYeay, JDT menang. Tengok kejap-keap je match tu.
Sedapnya..kalau SA menambah nasi ni...
ReplyDelete