MASAK SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


LAGI dua hari jer kita akan bercuti sempena sambutan Hari Krismas oleh penganut agama Kristian. Cuti yang paling hujung la cuti Krismas ni, kan. Bos Sk masa bekerja di sebuah institusi swasta dulu merupakan seorang penganut agama Kristian. Setiap kali perayaan Krismas, beliau akan bercuti panjang sehingga 31 Disember. Sk percaya ramai yang begini, sebab tu la hujung-hujung tahun ni jalanraya lengang ditambah lagi pulak cuti sekolah. Hurmm.. apalah khabar bos Sk tu sekarang, semoga dia baik-baik sahaja.




Cerita hari Ahad, 14 Disember 2025, masak Sambal Tumis Udang Petai. Udang tu dah dua tiga minggu jugak PI beli kat Pasar Tani. Hari ahad tu, malam kan ada siaran langsung final Piala FA, JDT vs Sabah, jadi kami makan awal.



Beli petai siap kopek di Maslee sebungkus kecik. Sk belah dua, Mula ingat nak masukkan separuh je tapi fikir-fikir nanti lagi separuh tu layu macam tu aje, Sk masuk ajelah semua, senang.. habis cerita, haha. Udang PI minta kopek terus kulitnya. Layan aje la kopek udang 16 ekor. Cili kering pun baru giling tu (baca - kisar) masa nak masak.



Goreng telur mata dua biji letak kicap manis.



Dengan kuali-kuali naik atas meja. Orang tua dulu-dulu pantang hidang periuk atas meja tapi orang tua sekarang (Sk la..) tak kisah. Logiknya dulu-dulu orang memasak guna dapur kayu sampai periuk berjelaga, tu la tu tak bagi naik periuk atas meja, betul tak?



Syukur Alhamdulillah, malam tu Pasukan JDT muncul Juara Piala FA jadi bangsa Johor dapat cuti peristiwa. Pagi tu ada lebih nasi semalam tu sepinggan, Sk buat sarapan nasi goreng guna pes nasi goreng kampung extra pedas Adabi. Perghh.. memang power, pedas sampai tak terucap, hahaha.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ui, sedap tu kak... ada sambal ada telur mata... mmg ngam laaa... x toleh lain dh.. kak x cuti ke? sy pun last keja hari ni.. esok dh start cuti sampai 31/12... thn dpn br masuk ofis balik.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoknya Mim cuti sampai habis tahun. Kita tak cuti, esok pun kerja lagi.

      Delete
  2. vkend br makan menu sambal udang tp tkde petai

    ReplyDelete
  3. Menu evergreen ni....petai fresh mesti lagi sedap..saya baru ni beli petai frozen...makan kembung perut..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisehmannnn.. sapu minyak yuyi la kalau kembung perut tu, MC.

      Delete
  4. org yg tak makan petai hanya mampu tgk gmbr je laaa hehehe sy laa tuuu

    ReplyDelete
  5. So sedap sambal udang petai. Mujurlah dah makan haritu masa balik kg, kakak masak. Lepas tekak teringin makan masakan kampung. Senang gitu kalau petai dah siap kopek. Ambil masa juga nak mengopek tu. Wah, terus sedap ek masak nasi goreng guna perencah. Alhamdulillah.
    Yeay, JDT menang. Tengok kejap-keap je match tu.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..kalau SA menambah nasi ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!