BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA BLOGGER MY

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


RASA macam tak larat nak angkat badan pagi tadi. Apa tidaknya, semalam, kan cuti hujung minggu. Tapi, nama jer cuti. Buat kerja rumah tak habis-habis. Rasa dari pagi sampai malam asyik membanting tulang (tipu), hahahah. Pagi tu, PI dah beli sarapan dekat Pasar Tani. Untuk Sk, PI belikan lontong dan untuk beliau sendiri, ada Mihun Singapore. Ingatkan tentulah kenyang, petang baru masak. Sekali, Mihun Singapore PI masin melantun, sampai tak boleh makan ya dia punya masin tu. Jadi, kenalah masak awal sikit. Tu takpa, Sk ingatkan dah ambil gambar Sup Tulang yang Sk masak semalam, tak ambil rupanya, kesiannnnn, hahaha.


Cerita hari sabtu, Sk dapat tiga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri. Yang pertama dari Blogger Azian Khalil atau dikenali sebagai MY (Mama Yan). Yang kedua dapat jemputan dari Shasha, rakan sekerja dan yang ketiga jemputan dari Abang Zali, sepupu Sk anak Mak Lang. Tapi, cuma sempat pergi rumah MY jer, yang lain tak sempat sebab ada perlawanan bolasepak, JDT vs Terengganu di SSI dan perlawanan berlangsung di sebelah petang. Mujurlah rumah terbuka MY bermula awal tengahari dan dekat dengan rumah, jadi, dapatlah kita penuhi.


Banyak sungguh juadah disediakan oleh tuan rumah

Ada ketupat ada rendang
Nasi impit dan kuah kacang

Sk tengok ada Nasi Hujan Panas, memang tuju ke situ teruslah. Ambil lauk Ayam Masak Merah, Kambing dan Pajeri Nanas. PI makan Ketupat Palas 5 biji dan rendang. PI memang tak bolehlah nampak ketupat palas ni, lagi-lagi kalau ada rendang, heheh.



Kuih-muih dan kek pun banyak, tapi kita ambil kuih lapis dan bingka ubi. Ambik part tepi-tepi tu dapat kerak dia, mabeles!!


Tengok PI ambil kuih, maknanya dia tak tergesa-gesa nak balik, kita pun ambil jugak samosa dan popiah sayur, tumpang sekali lemang dua potong. 



Terima kasih, MY atas ingatan. Seingat Sk, ini kali ketiga jumpa MY, sebelum ni dua kali jumpa di event food review. Sk jugak suka baca blog MY dan beberapa kali termakan hasutan MY berkaitan tempat makan menarik sekitar Pontian dan Pekan Nenas. Setakat ni, belum pernah kecewa la, kalau MY kata sedap, memang betul-betul sedap laaaa.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Akak ingat akak je yang suka bingka ubi garing tepinya rupanya ada juga peminat dia ye. Kalay hangus pun lagi suka garing gitu.

    ReplyDelete
  2. Bingka ubi tu fav husband SA...semoga murah rezeki MY selalu buat open house...

    ReplyDelete
  3. Wah dpt gak kak SK beraya nganblogger heheh.besh2..

    ReplyDelete
  4. Oh blogger Mama Yan.....semoga silaturrahim berpanjangan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mama Yan kerana menganjurkan open hse. Abe Kie cuma mampu pi makan je. Nak jamu org tunggu thn dpn la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!