Assalamualaikum...
BARU siap sidai kain, mengemas belum lagi, tapi dah capai handphone sebab teringat belum sambung cerita Rebus Kepala Lutut Kambing 😂 mbekkkk!
Tak susah pun sebenarnya nak masak Sup Tulang Merah ni. Kiranya ia cuma ubahsuai dari resepi Sup Tulang yang ringkas. Maksudnya, resepi sup tulang yang jernih bukan berempah macam sup tulang mamak atau masam macam sup tulang siam. Bahan utama untuk menjadikan rasanya asli seperti sup tulang merah yang terkenal di Pasar Geylang Serai, Singapura adalah tomato puri. Ada sesetengah resepi yang menumis dahulu cili kisar tapi resepi Sk ni hanya menggunakan tomato puri sahaja. Pernah jugaklah dulu, Sk membeli Sup Tulang Merah tapi rasa sambal tumis, menyesal tak terkata, hihi.
Memang melekat bila dicicah dengan roti. Paling teruja, apabila menyuap suapan pertama, Pak Inche bertanya, Sk tengok resepi dari mana. Amboi, pandang sebelah mata, nampak 😄
Sebenarnya Sk ada juga tengok resepi orang lain tapi macam rumit bebeno dan banyak pulak bahannya justeru Sk mengekalkan resepi yang pernah Sk guna sebelum ini. Di bawah Sk kongsikan resepi bagi yang nak mencuba dengan sukatan dua kilo tulang kambing anggaran 12 ketul.
Resepi Sup Tulang Merah Ringkas dan Sedap
Bahan A
12 ketul tulang lutut kambing
1 sup bunjut
1/2 labu bawang holland dibelah-belah
2" halia hiris kasar
Air secukupnya untuk merebus
Pewarna merah
Bahan B
2 sudu minyak sapi
Sedikit minyak masak
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
1 tin saiz sederhana tomato puri
Air rebusan tulang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Bahan A
1. Masukkan tulang dalam periuk atau kuali, masukkan air dan rebus sehingga airnya keruh. Buang air rebusan yang keruh dan bilas tulang hingga bersih.
2. Masukkan semula tulang dan bahan A ke dalam periuk, rebus sehingga daging kambing pada tulang empuk. Boleh guna pressure cooker jika ada.
3. Bila dah empuk, asingkan tulang dari air rebusan, letak pewarna merah (tak nak letak pun tak apo)
Ketepikan...
4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sebentar.
5. Masukkan bawang putih, bawang merah, biji pelaga, bunga cengkih.. tumis semua hingga wangi.
6. Masukkan tomato puri, kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan tumisan cantik sambil tambah air rebusan sedikit-sedikit.
7. Tambah lagi air rebusan secukupnya, jangan terlalu cair.
8. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa sup tulang merah mestilah sedikit manis tapi tidak terlalu manis. Manis macam Sk jer la..taklah manis sangat, kahhhhh.
Kalau ada lebih, boleh buat sarapan. Makin lama makin sedap pulak tu, hihihi.
Selamat mencuba 😍😍😍
perghh merah sungguh :D
ReplyDeletetengok merah je dah tau mesti sedap..haha
ReplyDeleteYa Allah Kak, Yana pun dah minta masak lagi.. jenis Omaknya ni, takut nak buat lagi, takut tak sama rasa macam haritu hahahaha selalu macamtu hahahaa
ReplyDeletesup dia pekat erk?aknanya yang SA makan sebelum ni not the real one laa sebab dia cair skit
ReplyDeleteWoooo...merah menyala mak ngah! Lupalah bawa mangkuk nak menapau.
ReplyDeleteWahhhh merahnyaaaaa, tapi kuah dia pekat ye, first time tengok hehehe. Biasa sup tulang yang kat kedai biasa tu je hehehehe.
ReplyDeleteYa ampun...
ReplyDeleteTerlio nya sk oi...
dapat cicah roti tu..
Penah tengok kat AFC tentang soup merah ni kat Singapore.Dia cakap kalau 1st dating jangan order menu ni.Nanti nyesal..hahaha
Walawehhh, sedapnyaaa! Terliur sangat perutku melihatnyaaa!
ReplyDeleteTekakku teringin pulak!!! Haihh!
merahhhhnyaaaaa waaaa
ReplyDelete