Assalamualaikum WBT
TIGA hari sudah kita berada di bulan kemerdekaan. Hari ini Sk dan PI mengambil cuti rehat tahunan. Malam semalam, kami baru balik dari negeri paling bahagia. Jadi, hari ni nak rehat-rehat la, esok baru masuk office. Tapi, kalau duduk di rumah, boleh rehat-rehat ke?? Huhuhu.
Cerita semasa menghantar anak menakan menikah di Temerloh, dua minggu lepas, kami menginap di homestay yang terletak di Paya Pulai, Temerloh. Masa menuju ke homestay, tertarik tengok kedai makan ni dengan papan tanda merah. Tengok pulak ada gambar kambing, hehehe. Namanya, Kedai Makan Pasific Corner. Masa keluar pagi esoknya nak cari sarapan, nampak ia dibuka, kami pun singgah.
Lempeng King Kari Kambing Joget. Ni tak pastilah, adakah kambingnya berjoget dulu sebelum dimasak kari atau kita yang berjoget lepas makan kambing, heheheh.
Bagi mereka yang tidak menggemari lempeng macam PI, jangan risau, ada jugak menu roti canai pelbagai jenis.
Kemas suasana dalam kedai dengan warna merah melatari.
Bolehlah pilih menu roti canai di sini.
Selain roti canai, ada nasi lemak, nasi kukus, laksa, Mee Kari, kuih-muih, cendol dan ABC.
Sedapnya bila ada orang buatkan air, hehehe.
Sk pesan lempeng kelapa. Sk tanya, lempeng tu kira macammana, sekeping atau dua keping. Adik tu cakap, lempeng tu datang sekeping, kita ni manalah cukup lempeng sekeping, jadi Sk pesan dua keping. Rupa-rupanya, dia hantar asing-asing sekeping macam ni, hihi.
Lempeng datang bersama kuah Kari kambing (kosong) dan sambal tumis ikan bilis. Lempeng dia besar, memang cukuplah tu makan sekeping, hihi.
Tak kedekut eh kelapanya. Berjurai-jurai dalam lempeng. Isi kelapanya tak begitu tua, kasar-kasar parutannya, berasa betul.
PI makan Roti Telur Bawang. Sedap jugak, kata PI. Roti canai pun datang dengan kuah kari kambing jugak. Kuah tu walaupun kosong berasa jugak kambingnya.
Lepas habiskan dua keping lempeng kelapa, Sk mengajak PI ke Pasar Besar Temerloh. Sajalah, kannn.. nak tengok benda yang pelik-pelik yang tiada di Johor.
Ada yang meniaga membentang tikar di perkarangan pasar.
Ada yang membuka gerai macam ni. Ni di perkarangan pasar jugak tapi ni berbumbung. Tak ramai pengunjung di pasar ni.
Tertarik tengok apa benda yang kakak ni jual. Kakak tu kata, ni buah perah. Dia cepat-cepat hulur sebiji seorang untuk PI dan Sk. Sk hampir-hampir nak gigit sebelum kakak tu tunjuk cara kopek kulit buah perah ni. Rasa dia macam kacang, kata PI. Tapi, Sk rasa macam biji cempedak rebus. PI tak pernah makan biji cempedak rebus.
Petai dan tempoyak. Sk ingat nantilah beli tempoyak di Pasar Pagi Kerdau pada pagi esoknya. Sk memang tak ada plan nak ke Pekan Sari Temerloh.
Hurmmm.. menyesal tak beli. Sebab tak sempat nak pergi Pasar Pagi Kerdau tu.
Pelbagai hasil kampung. Yang tengah-tengah antara bendi dan terung ungu tu tak dikenali.
Mata petai dia besar gedabakkkk!
PI jalan-jalan ke tempat menjual hasil laut ni. PI cakap ada udang laut besar bas, jernih-jernih kulit udang tu. Dia geram jer nak beli tu tapi dia tahu, Sk tak rajin nak masak walaupun duduk di homestay yang boleh memasak, hahaha.
Ni buah apa ek, hari tu ingat, sekarang dah tak ingat. Ni kita kena kopek keluarkan bijinya macam kekacang la warna hitam tapi macam bersegi bentuknya. Alaaa.. lupa betul la. Dah remaja purba ni semua benda mudah lupa, haishhh!!
Beli serbuk kunyit dan asam keping sikit, sebab ingat yang lain-lain nanti boleh beli di Pasar Pagi Kerdau, sudahnya tak sempat nak pergi pun. Yassalammmm.
gambar last tu buah kerdas SK...geram tengok petai tu...alaaaa...sygnya x beli tempoyak..murah tu tempoyak tu...
ReplyDeleteAmboi, terliur tengok lempeng kelapa cicah kari kambing tu, berbaloi betul siap parutan kelapanya berterabur penuh. Nama menu "Kari Kambing Joget" pun dah buat tersenyum.
ReplyDeleteSeronok tengok hasil-hasil kampung kat Pasar Besar Temerloh macam buah perah dengan petai besar gedabak tu. Terima kasih kongsi cerita jalan-jalan yang best ni , selamat berehat!
Buah kerdas tu SK. Dulu masa arwah ayah kita masih ada, kami selalu kutip di kebun nuuunnn di Raub Pahang.
ReplyDeleteSelamat melempeng selera.
ReplyDeleteLagi sedap kalau dapat isi kambingnya sekali.
Sedapnya lempeng kelapa macam tu, tebal & banyak kelapa yums!
ReplyDeleteBiji cempedak rebus sedap. Buah perah favorite my parents tapi PH tak makan.
Buah kerdas kan last tu? Kami panggil buah genuak/kenuak.
Kalau masuk pasar pagi gini, rasa nak angkut semua bawak balik kan.
Sedap betul tengok lempeng kelapa dan roti telur tu SK, cicah pulak kuah kari kambing 😋
ReplyDeleteGambar last tu buah kerdas kan? Pernah beli yang siap dikopek.
Best betul dapat pergi ke negeri paling bahagia tu. Duduk pulak tu di negeri kedua bahagia. Kita ni dapat duduk negeri ketiga paling bahagia pun cukuplah. hihi...
ReplyDeletememang aklah duduk berehat kan. Pasti ada agenda jugak.
Aduh, kalau kambing berjoget tu parah ni.Tapi comel nau kambing kat banner tu haaa.
Dah kena makan dua pinggan lempeng lah macam tu kan.
Macam pernah dengar buah perah tapi tak pernah tengok rupa dan cara makannya. Kalau macam biji cempedak tu kira macam sedaplah juga.
Yang di tengah bendi dan terung ungu tu nampak macam bunga kering je. Apa benda lah tu ek. Uishh petai dia macam baru petik je tu. Segar bugar dan mata besar. Puas hati kalau beli.
Yang last tu saya pun tak tahu apakah dia. Ohh dah ada orang jawab. Lahh buah kerdas rupanya ek. Biasa tengok kerdasnya saja. Tak tahulah pulak kulitnya macam ni.
Buah kerdas species juga dgn jering kut tapi bau kat tandas lagi kuat. Akak suka part pi pasar dgn produk kampung ni. Petai dia geram je tenguk
ReplyDeletepi terengganu layan rzx punya geng ke kak hehehehe. pasar sehari temerloh memang bestla
ReplyDeleteKemain nama kari tu ye, kari kambing joget 🤠nak lariskan jualan kena la bagi nama unik sikit.
ReplyDeleteSeronok jalan2 kat pasar pagi. Nampak sayur yg segar2 semua rasa nak rembat bawak balik kan 😅
Buah perah tu sedap macam kacang. Buah tu la guna buat gulai asamrong. Yang SK taktau nama tu ulam kerdas. Ulam keladan sebelah bendi tu sedapnya cicah sambal tempoyak.
ReplyDeleteRambang mata tengok barang segar kat Pasar Besar Temerloh. SK sempat borong hasil kampung apa je?
ReplyDelete