Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA sepanjang minggu ini sehingga mungkin ke bulan hadapan atau tahun hadapan, akan menjadi hari yang sibuk untuk Sk dan rakan seperjuangan. Kami dijadualkan akan berpindah ke lokasi baharu beberapa minggu lagi. Isnin lepas pula hari pengambilan pelajar baharu. Sejak bulan lepas, beberapa staf termasuk Sk telah dilantik sebagai team baharu untuk sistem i-aset, kemudian kena pulak jadi JK untuk fasiliti. Nama jawatan dan lokasi dah bertukar tapi masih kena buat kerja asal dan pejabat di tempat asal, jadi bertindih-tindih pulak kerjanya sampai keliru yang mana paling utama. Ni bukan komplen sekadar meluahkan perasaan, hahahaha.Tak apalah, kita enjoy dan tenang-tenang sahaja. Kadang kalau difikirkan balik apa yang dihadap selama 30 tahun dalam dunia pekerjaan dan bagaimana dapat menempuhnya, jadi kita tempuh sahajalah segalanya dengan dada yang terbuka.

Mungkin kali ke 4 atau ke 5 kami ke Restoran Mi Empat Musim milik anak perempuan Prof Dr Maszlee Malik, seorang ahli akademik, pendidik dan mantan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dari Mei 2018 hingga Januari 2020.
Seperti biasa, jika ke sini wajiblah pesan Roti Beef ni. Ia sejenis snek atau roti leper tradisi masyarakat Cina Muslim yang mempunyai lapisan luar yang berlapis-lapis seperti roti canai, rangup dan garing manakala bahagian dalamnya lembut serta berjus dengan inti daging lembu atau ayam cincang yang digaul bersama daun bawang, bawang merah serta rempah ratus seperti jintan dan lada hitam.
Tak silap ianya dipanggil Lamb Screwer, Sk pun lupa sebab resit dah buang. Ia macam sate la tapi dicucuk pada batang besi yang berpintal seperti skru. Ni ngam la datang tiga batang, makan seorang satu. Kambingnya empuk, diperap dengan rempah dahulu kemudian dipanggang sehingga garing bahagian luarnya.
Stir Fried Dimsum inti lembu ni pun wajib la pesan bila ke sini cuma kali ni Sk amat tak puas hati la dengan kejadiannya. Ia digoreng dan mungkin ditinggalkan ke, tak dijaga atas kuali, bahagian bawahnya tu terlalu garing sampai berkerak, ikutkan hati nak aje pulang balik. Ni pun amsa dia hantar semua dalam keadaan terbalik ya, Sk betulkan dan ambil gambar lepas tu baru fikir, patut tadi ambil terus rupa masa staf hantar ke meja tu.
Ni ha, Sk terbalikkan semula, garing-garing bawah dia dan bercantum-cantum sesama mereka sebelumnya, ni Sk dah leraikan.
Sk makan Mee Selangor la kalau ke sini. Nasib baik Mee Selangor ni maintain sedap. Dagingnya pun lembut dan empuk dikunyah. Sup sedap, panas-panas macam tu letak pulak chili oil, makan sampai tak boleh nak tutup mulut sebab kepedasan, hahaha. Chili oil kat sini memang power ya, awas!
Nama penuh Mi PI ni Sk lupa, tapi ia macam mi berlauk. Lauk pilihan PI, babat lembu dan cendawan. PI kata, macam makan spaghetti.
Iman pilih lauk daging, tapi kannnn.. kesiannya anakku, lauk daging dia tu masin giler, dia tak bagitau pun, pasrah jer makan agaknya tak nak spoil mood. Sk tengok kenapa kuahnya macam banyak lagi, rupanya masin giler, jadi Iman gaul sikit-sikit aje dengan mi. Sabar ajelah.
Penuh meja, Sk pun tak perasan Iman pesan Lamb Screwer tu. Kalau tahu, tak ambillah dim sum. Alhamdulillah, Iman belanja. Tenkiu Iman, semoga Allah swt jadikan kamu insan yang hebat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Di hari yang lain pula, kami ke Richdessert di Taman Sri Pulai. Kali ketiga Sk ke sini, pertama dengan PI, kedua menapau dengan Iman, kali ni, kami makan berdua beranak aje. Tak ingatlah masa ni PI ada bola atau malam media, tak ada PI ni bolehlah ke sini sebab menu kat sini tak kena dengan selera dia.
Sk pesan Smoked Duck Pasta, tapi maaf cakap, dah tak sama macam Sk makan masa kali pertama dulu. Tak sama langsung ya. Bukan tak sedap tapi tak sama rasa sos spaghetti ni. Dulu pedas, ni rasa creamy semata. Sk tak tahulah kalau kena request jika nak pedas, yang dulu tu memang ia datang pedas. Nasib itik dia tetap sama sedapnya. Dekat bawah ni Sk tepek gambar masa kali pertama makan dan gambar masa tapau.
Salad alfafa tu dia tak letak, tak tahulah dah habis ke, tak ada stok ke, eh, patut tanya la hari tu kan. Tunjuk gambar ni kat dia, haha.
Yang tapau ni pun ada alfafa. Sebenarnya Sk tak tahu apa nama sebenarnya sayur hijau yang macam taugeh tu.Betul ke alfafa?
Iman pesan Nasi Goreng Kampung dan minta gantikan udang dengan itik. Sedap jugaklah nasi goreng dia, itik memang sedap tiada tandingan. Dalam nasi goreng ada sayur kangkung dan ikan bilis goreng ditabur di atasnya. ada keropok moni jugak tu.
Lupa nak snap pic, sekarang dah banyak pilihan dessert di Richdessert ni. Tapi semua tu memang dah siap dalam bekas la, terus ambil dan bayar. Burppp.. Alhamdulillah.
Nampak menyelerakan la semua pasta tu. Alfalfa yang halus sikit tu, 1 lagi yang kasar tu namanya Doumiao. Anak beranak keturunan taugeh.
ReplyDeleteTeruslah kekal semangat bekerja. Saya yang menurut perintah gitu kan.
ReplyDeleteAlahaiii tak bestnya dapat makanan yang kurang sikit. Ni jenis asal boleh je kot sediakan makanan. Tak tengok hangus ke apa. Rosak dah rupa dan rasa dia.
Mi Selangor rupa macam mi tarik, mi celup. Terbakar lidah makan sup panas-panas ni.
Ala sian Iman. Tak complaint lak dia ek. Alhamdulillah Iman belanja lagi. Semoga bertambah-tambah rezeki Iman. Aamiin...
Hmm..mungkin bertukar tukang masak kot kak. Saya pun panggil pucuk alfalfa. Ada orang panggil pucuk kacang pea. Bergantung pada jenis kacang kot sayur ni.
Kesian Iman dapat lauk daging masin giler tapi pasrah aje makan! Mujur baik anak dara belanja ibu makan ya, moga bertambah rezeki Iman. Bab Smoked Duck Pasta kat Richdessert tu potong mood betul bila rasa sos dah bertukar creamy je. Mana pergi rasa pedas dulu tu agaknya
ReplyDeleteBeef roti tu PH suka. Makan panas² memang sedap. Baru tahu ada mee Selangor rupanya.
ReplyDeleteAgaknya dumpling tu frozen kot, baru dikeluarkan dari freezer itu yg bila goreng melekat sesama depa tu. Bercakap dari pengalaman, selalu goreng karipap frozen yg suka melekat sbb tak defrost betul2 😅
Semoga dilancarkan untuk rencana kepindahan nya kak ☺️.
ReplyDeleteRoti beef nya nampak sedaaap 😍😍. Saya memang sukaaa ini.
Sate pun menarik. Pakai tusuk besi, mengingatkan saya dengan sate Klatak Jogja.
Dimsumnya jadi macam gyoza kalau ada kerak begitu 🤭🤭😄.
Beuuugh rm kakak bilang chili oilnya power, jadi teringin kan saya. Sebagai penyuka pedas memang yg saya cari yg pedas2 lah 🤭😄
Tempat makan yg kedua, padahal kliatan menarik sangat platingnya kak. Tp sayang rasa dah tak sama yaa. Untungnya tetap ada yg sedap yaa.
Samaaa kita, saya kalau bebek atau itik memang sukaaa. Makanya di sini resto bebek itu ada banyak di mana2. Orang JKT lebih suka bebek drpd ayam 🤭😄
Ooooo... anak dr Mazlee ada yg usahawan... terrbaik
ReplyDeleteKedai anak Dr mazlee tu menu cina Muslim ka. Kalau kualiti makanan tidak Di jaga emm pelanggan boleh lari. Alaa sian iman. Kalau akak tambah air tak boleh masuk kalau masin sangat
ReplyDeleteOh...baru tau anak Dr MM tu ada kedai makan ya....kalau kurang masin boleh tambah garam. Kalau masin sangat....tak boleh nak makan pulak.
ReplyDeletehalus nya lamb skewer tu...tk cukup tu..nasibaik ada byk menu lain lg tu
ReplyDelete