MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

CUCUR KENTANG


ASSALAMUALAIKUM wbt


SARAPAN pagi tadi setelah didapati stok roti telah kehabisan. Lagipun tekak ni tiba-tiba teringin sangat nak makan dan diri ini macam rajin pula nak mengadun tepung. Alah.. bukan susah pun, bawang besar setengah labu, kentang sebiji semuanya dipotong dadu. Cili padi 4 5 biji, daun bawang kalau ada hiris sekali, campurkan telur sebiji dan tambahkan garam atau stok ikan bilis atau stok ayam (apa2 jerrrrr...). Lepas tu masukkan tepung dalam 2 1/2 cwn, tambahkan air jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Dah siap, panaskan minyak, cucurkan adunan dalam minyak panas guna senduk supaya adunan menjadi leper dan lebar. Sebab tu jangan pekat sangat kalau tak nanti dia tak jadi leper dan liat pula kalau digeget... hehehe... layan dengan sos cili lebih pie tee hari tu, walaupun tinggal sikit tapi sayang nak buang... kih.. kih.. kih.

1 comment:

  1. Sedapnyer cucur kentang.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/01/ada-hantu-siapa-berani.html

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...