MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, January 24, 2011

MERAH JAMBU ITU MENAWAN KALBU

ASSALAMUALAIKUM wbt


MENGHABISKAN stok cream cheese baki carrot cake yang disimpan berminggu-minggu dan buttercream vanilla cup cakes tempohari. Saya ni memang penjimat orangnya... hihihi, mahal membeli jadi kalau tak habis simpanlah dalam bekas yang kedap udara dan sumbatkan dalam peti ais di tempat yang paling dalam, insyaAllah, ianya tahan dan tidak rosak. Tapi sebelum digunakan pastikan diuji dahulu, periksa dari segi warna dan rasa, kalau ada yang tidak kena janganlah pula diguna juga ya... hehe. Dan ianya hanya untuk dimakan-makan sendiri, jangan kerana nak untung lebih, kitar semula untuk dijual, yang itu memang tak patut.


Masih lagi menggunakan resepi kek cawan vanilla dari Miss_Ad @MyR, kali ini saya tambahkan lebih kurang 200gm coklat chip dan wow! Memang sedaplah ditambah pula topping cream cheese + buttercream ni... tapi tak boleh makan banyak-banyak... satu cukup, itupun share dengan Encik Rizar... hehe. Yang lain saya postkan ke rumah ibu... Alhamdulillah. Yang kelakarnya masa nak masukkan warna tu saya mulanya nak masukkan warna hijau, entah macammana boleh pulak tercapai warna merah jambu... hihi, tapi tak sangka pula, hasilnya menawan kalbu. Oh, ya! Tempahan dibuka selepas Tahun Baru Cina untuk sesiapa yang ingin membuai cinta di bulan Februari nanti tapi untuk kawasan Johor Bahru sahaja ya...

3 comments:

  1. hohoho....pas raya cina ek...caya lah....

    tekak ni sedang ngidam nk makan roti kismis....huuu...lupe lak nk beli mauripan....

    ReplyDelete
  2. wah cantiknya cupcake dia, jeles akak

    ReplyDelete
  3. cdap nye lapor je tgk...meh delivery kat umah heheh

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI KEDUA

Assalamualaikum... WALAUPUN Sk jangkakan yang SK mungkin tidak tidur semalaman seperti yang Sk alami semasa mengikuti Kursus Induks...