MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, January 21, 2011

TERLEBIH MAKAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

ALAMAK! Terlebih sudah... sebelum itu.. chopppppp!!!

Tadaaaaaaaaaaa!!!


Inilah dia cup cakes yang saya buat sempena hari lahir Nur Iman Fatiha semalam. Pada mulanya saya bercadang nak buat cuppies bulu-bulu tapi tak kesampaian kerana tak sempat membeli nozle khas untuk bulu-bulu tu... hehe. Mesti terfikir-fikirkan apakah dia cuppies bulu-bulu tu.. tunggu saya entri nanti ya. Semua cup cakes tu saya sediakan untuk Yaya bawa ke sekolah hari ini, yang di atas tu untuk cikgu-cikgi, untuk kawan-kawan baiknya ada juga saya bawakan, taklah banyak, tak larat rasanya nak siapkan untuk 35 orang, itu belum lagi termasuk kawan-kawan di sekolah agama dan di taska, boleh rebeh bahu dibuatnya. Yang kat atas tu pun terkial-kial lagi, almaklumlah.. saya kan baru-baru jer belajar buat-buat ni semua, belum pro lagi. Resepi kek cawan vanilla yang sangat mudah tu saya dapat dari Miss Ad@ MyR, terima kasih ya Miss Ad.

Untuk kek hari lahir, Yaya mendapat sebiji kek yang ditaja oleh makciknya. Wah, suka betul dia sebab hari lahirnya kali ini disambut di restoran atas laut pada malam sebelumnya di Kampung Pasir Putih. Saya pun suka sebab orang belanja.. Alhamdulillah... syukur. Semoga rezekimu bertambah-tambah lagilah adikku, Nor'aini sayang. Terima kasih juga kepada ibu, Siti Ramlah dan kakak, Angah serta abang ipar, Abang Jamal yang datang meraikan di samping sepupu-sepupu Yaya yang berada di JB.

Yaya dan sepupu-sepupunya yang tiga beradik... Izzat, Ilham dan Indah... tengok tu Ilham bukan main menjeling lagi tengok kek.

inilah kakak saya yang dipanggil ibu oleh Yaya

ibu saya dan Aini... cumel tak?

makan.. makan.. makan...

burppppp! kenyangnya...

Kali pertama datang ke sini sebenarnya... sajalah nak bertukar angin. Makanan dan perkhidmatan di sini saya bagi tiga bintang. Rasa nak pengsan menolong menghabiskan makanan. Tu yang terlebih sudah... tu. Huk.. huk.. huk. Oleh sebab kekenyangan maka sesi makan kek yang dibawa ditunda pada esok hari... hehehe. Pada mulanya tu saya bercadang nak menyediakan mee tetapi kerana Encik Rizar sibuk hendak menyelenggara aka servis Encik Matrix kami dan membeli beg baru yang terang menyala (lupa lak nak ambil gambarnya) jadi saya ambil keputusan untuk membeli saja.. hebatkan... hek.. hek.. hek.


feberet saya ni...


yang ni lagi feberet tapi.. cinonetnya... huk.. huk!


Encik Matrix mandi & mekap cantik-cantik selepas diservis... yang pasti selepas tu mandi hujan pulak... huhuhu...

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengucapkan selamat hari lahir.. Amin... terima kasih atas doa-doa yang dititipkan semoga kawan-kawan semua sentiasa dirahmati Allah swt.

5 comments:

  1. wah sedap2nya menu harijadi untuk your daughter. Selamat Hari Jadi ya. Pandai jugak Sari buat cupcake ya, comel2 je

    ReplyDelete
  2. Kak Aidah, pandailah sikit2, boleh save bajet... hehehe. Terima kasih, Kak Aidah.

    ReplyDelete
  3. hepi besday Yaya..tu laa lengkali invite aku seklai tolong perabih makanan ..aku pun dah lama tak g mkn2 kat situ..dulu2 klu berdating mesti g mkn2 kat kg pasir putih..hiks

    ReplyDelete
  4. hepi besday anaknya..saya cukup teruja ngan orang pandai buat cup kek ni

    ReplyDelete
  5. Naemah, terima kasih.. nt lengkali aku ajak kau ya, wahhhh! byk kenangan rupanya kau kat Kg Pasir Putih tu ya... hik3

    Suri Solehah, sy pun pnah ada perasaan begitu jugak dulu, tu yg smangat nak buat tak mo kalah... hehehe. Tapi masih tak terror2 jugak.. hahaha

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...