MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, January 20, 2011

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG

ASSALAMUALAIKUM wbt

SELAMAT hari lahir, sayang... Saya dedikasikan ucapan ini khas buat satu-satunya buah hati pengarang jantung kami. Sebuah nama lambang sebuah cinta...

NUR IMAN FATIHA

"Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah bagi anakku ini rezeki yang banyak lagi halal serta ilmu yang bermanaafaat, kejayaan yang besar serta iman yang benar, kesihatan yang baik dan kebijaksanaan yang tinggi, terangkanlah hatinya, lapangkanlah dadanya dan bukakanlah ikatan lidahnya dalam menghadapi pelajaran.. semoga dia menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat... Peliharalah dirinya ya Allah dari segala kejahatan dan hasad dengki manusia, Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin."

Saban tahun hari lahirnya pasti disambut cuma cara sambutan itulah yang berbeza. Kalau jatuhnya pada hari cuti, dapatlah saya memasak yang agak istimewa, kalau jatuhnya pada hari bekerja, sebiji kek sudah cukup bererti tanda kami tak pernah lupa. Tapi ada juga masanya bajet ciput-ciput jer, nasib baiklah ada mak sedara yang sudi nak belanja... hehehe.

Di bawah ini, gambar-gambar kenangan hari lahirnya tapi lupa pula nak scan gambar dari umurnya setahun almaklumlah dulu-dulu mana ada kamera digitalkan, nanti saya akan edit semula ya. Jadi kita tengoklah perubahan wajahnya dari usia ke usia yang bertambah ketembamannya. Tapi nanti tengok betul-betul ada transformasi kurus.. gemuk.. kurus.. gemuk... tak percaya!!! Tunggu saya edit nanti, ya..

semasa Yaya 4 tahun

6 tahun

7 tahun

8 tahun

9 tahun

Dia pencinta haiwan.. ni masa umur 8 tahun

Dia pun suka masak-masak macam bonda.. masa ni 4 tahun kot..

9 comments:

  1. happy besday buat anak sari..sama besday ngan ank akk

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday To Yaya...moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi ank solehah dan semoga sentiasa membahagia dan membanggakan ayah dan ibumu....
    = Yus wat kek special arini tau...

    ReplyDelete
  3. salam sari..
    selamat hari lahir buat yaya..comel anak ibu ni..dan ikut pulak minat ibunya memasak..
    semoga yaya menjadi anak yang berjaya dalam hidup.solehah dan kebanggaan ayah bonda..

    ReplyDelete
  4. Happy birthday juga utk yaya dari pakcik mat, moga menjadi anak yang solehah dan berbakti pada ibu bapa...dipanjangkan usia mu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat kelak..aminnn...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari Yaya...moga jadik anak yang soleha dan sentiasa mengingati ibubapa...dan berjaya dalam hidup....

    ReplyDelete
  6. happy birthday buat nur iman fatiha....
    moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat.....

    ReplyDelete
  7. Salam Sari, Ucapan Happy Birthday buat si manis Nur Iman Fatiha..semoga menjadi anak solehah & berjaya dlm apa jua yg dilakukannya...

    ReplyDelete
  8. Salam Sari..
    Happy belated birthday buat Nur Iman Fatiha.. Semoga bahagia selalu..

    ReplyDelete
  9. terima kasih kepada semuanya, ya... Amin...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...