MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, February 16, 2011

MENGGAMIT MEMORI DI HUA MUI

ASSALAMUALAIKUM wbt


WARGA Johor Bahru mesti ramai yang tahu kewujudan restoran Hua Mui nikan. Saya masa kecil-kecil dulu, inilah tempat feberet yang selalu di bawa arwah abah kalau ada acara-acara yang istimewa. Bukannya pergi selalu tetapi kalau arwab abah ada duit lebih, ini adalah tempat pilihan abah dan biasanya mee hailam hua mui akan menjadi pilihan abah. Maklumlah, masa tu kami kecil-kecil lagi, belum dapat kebebasan untuk memilih makanan mengikut selera. Apa yang orang tua pesan, itulah yang kami makan. Tak berani langsung nak merungut atau meminta lebih, bukan macam si Yaya tu, dia punya selera mengalahkan kita mak bapaknya... hehehe. Tapi macammanapun kenalah juga ikut poket mak bapak, kalau ikut tekak alamat cukup bulan makan nasi dengan kicap jerlah... hahaha.

Kalau dulu-dulu, abah biasanya akan meminta mee hailam dimasak dalam satu hidangan yang besar. Sekarang ini saya tak pastilah kalau masih boleh minta hidangan begitu kerana kami selalunya suka memilih makanan yang berlainan supaya nanti dapat bertukar-tukar rasa. Rupanya inilah kali pertama Yaya sampai ke Hua Mui di pusat bandaraya ini. Tak perasan pulak saya sebab sebelum ini kami selalu membawanya ke cawangan Hwa Mui (memang berbeza ejaan tapi bosnya sama) di Taman Sutera. Jadi saya pun menceritakan kepada Yaya sedikit sebanyak kaitan restoran ini dengan masa kecil saya. Restoran dua tingkat ini lebih menarik di bahagian atas kerana tingkap-tingkap lama yang terbuka luas membenarkan udara masuk sebebas-bebasnya. Makanan yang siap dimasak di dapur restoran yang ditempatkan di tingkat bawah, akan diletak di atas dulang yang dipasang tali dan ditarik ke tingkat atas. Sayangnya saya terlupa mengambil gambar beberapa sudut penting dan nostalgia di dalam restoran ini.

Jangankan sudut penting, benda penting pun lupa nak ambil gambar. Apa tu? Gambar makanan pilihan kamilah. Sebaik sahaja pelayan restoran meletakkan hidangan di depan kami, terus tak toleh kiri-kanan. Nasib baik masih ingat baca doa makan.. nom.. nom... nom... sedar-sedar pinggan dan licin... hehe.. baru teringat. Menurut Encik Suami yang bukan warga jati JB, sos chicken chop di sini adalah sos yang original bukannya seperti kebanyakan sos black pepper yang dihidangkan di kebanyakan restoran. Betulke, saya tak tahulah tapi restoran ini telah berusia 65 tahun jadi fakta Encik Rizar mungkin boleh dipercayai.


Untuk tidak menghampakan saya muat naik gambar yang dipetik dari menu yang saya ambil sebelum hidangan sampai dan beberapa sudut restoran yang tidak banyak berubah.

gambar kipas pun nak ambil ke? hehe

dah jam 3 petang, pelanggan mula berkurangan tapi kalau datang tengahari memang penuh tingkat atas ni..

Sedap... lagi sedap dari IT Roo... kata Yaya (budak-budak tak menipu ya... )

10 comments:

gadisBunga said...

kalau dah lama bertahan macam ni pasti makanannye sedap.

silap2 tak lama lagi akan buat franchise. :)

~ yus ~ said...

oo lain kali kalau ke JB boleh cari ni...:)

Sari Yusa Ibrahim said...

gadisBunga, memang sedap, meh sini saya belanja..

Yus, cari tau, kat Jalan Dhobi

Eyrique Ettiqaz. said...

my kemusykilan:halal ke?nama mcm restoran ca ya nun alif je..

bunga said...

wahh..cam sedap n menarik je?

Naz said...

Waaaaa.. dah bbrp kali pergi JB tak der pun org bg tau tmpt mkn ni..Next time kalau nak gi JB kena tanya Sari lah mana tempat yg best nak makan..yg tak de di negeri lain...

ainnoraini said...

mcm sedap jer...tempat pun menarik jugak tu...

Sari Yusa Ibrahim said...

Eyrique, halal, insyaAllah, stafnya melayu, pak lebai pun singgah makan kat sini. Veteran2 JB mmmg rmi suka lepak kat sini.. Ownernya jer ca ya nun alif..

Bunga, mmg sedap, menarik & debommm!

Naz, bleh Naz, nanti sy gtau.

Ainnoraini, tmpat nostalgia..

ajib said...

halal atau x atas keyakinan sendiri but i didn't see any malay staff last time i visited it though..all ca ya nun alif.Nak kata sedap sgt pon idak juga (my opinion) cause i think the quality of the food is so-so compared to previous generation owner (my datuk cakap,i never had the chance to experience it).anyway i hope there will be a lot of malay-muslim restaurant serving these type of food in years to come (sebab frankly mmg susah nak cari chinese style food yg btol2 halal dimasak oleh muslim kat jb ni sbb saya mmg suka chinese food).ca ya nun alif boleh berjaya jual nasi lemak takkan melayu takut nak cuba chinese style food kot? ;) when there's a will,there's a way.InsyaAllah.

Anonymous said...

restoran Hwa Mui di Taman Sutera berdekatan Pasaraya Sutera Mall tidak memiliki sijil halal Jakim dan HDC,tukang masak dan tukang layan semuanya berbangsa cina jadi tak tau ayam yang diambil tu disembelih ke atau cucuk,tapi saya tengok ramai orang melayu datang makan di sini,yang bertudung dan bersongkok pun ada,berdekatan dengan restoran ini ada restoran Peking yang popular untuk orang cina,kalau nak tengok pekerja diaorang salai babi boleh lalu di belakang restoran ini,mesti selera nak makan di kopitiam area sini boleh terbantut.Selain Hwa Mui di area sini ada kopitiam Pappa Rich dan Nanyang Kopitiam,ada sijil halal? Tak payah la tanya.

Share It

Anda Sukakan Ini?