ASSALAMUALAIKUM...
FENOMENA Twisties melanda. Sana-sini sibuk buat twisties homemade ni. Khabarnya stok laksa kering habis di pasaran sehingga beberapa peruncit dan pasaraya terpaksa menyembunyikan stok kerana ingin menaikkan harga (tipu ;p) Seri Kandi buat dengan bahan yang paling mudah biarpun ada rakan-rakan yang memasukkan pelbagai bahan penyedap rasa lain seperti nestum dan serbuk jalapeno cheese. Seri Kandi rasa kalau dah letak macam-macam tu dah terlebihlah kos Seri Kandi nanti sedangkan tujuan asal homemade twisties ni adalah untuk berjimat.. hehe. Seri Kandi ni memang jimat cermat orangnya (sebenarnya lokek) kui kui. Tapi walaupun penggunaan bahan Seri Kandi adalah yang paling minima tetapi kawan Seri Kandi kata sedap. ER dan Yaya pun kata sedap. ER kata rasa macam chikedis (lupa ejaan) Yaya kata rasa cam twisties. Yang pasti bila dah kunyah macam tak boleh berhenti. Terima kasih Kak Sri Anda Salleh yang memperkenalkan Seri Kandi dengan homemade twisties ni. Jom buat!!
Twisties 'Homemade'
Bahan-bahan :
2 - 3 keping laksa kering dipatah-patahkan
1 sb serbuk kari daging
1 1/2 sb serbuk cukup rasa Maggi
Minyak secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan minyak di kuali.
2. Bila minyak sudah cukup-cukup panas, gorengkan laksa kering macam goreng keropok. Jangan goreng banyak-banyak sekaligus. Goreng sehingga kembang, jangan lama nanti hangus. Gunakan api sederhana sahaja.
3. Toskan minyaknya, dalam keadaan masih suam masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan sekali serbuk kari daging dan serbuk cukup rasa.
4. Tutup bekas dan goncang rata.
5. Sedia dihidang.
Krup krap krup krap bunyinya!!!
Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tortilla
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan

8 comments:
Sndiri buat....x de pengawet2 ye kak.....:-)
wahhh.. bisa tutup kilang twisties n cekedis(tak pandai eja) buk.. ada lagi ke jajan cekedis skrg ni..
owh..bru tahu psl ni.. leh la buat.. drp beli tu penuh perasa & pgawet kan
sy da gak tgk kat fb bru nih n duk bertangguh nk wat..nti nk wat gakla,serbuk cheese pon mmg da..lbh cihat utk ank2 mkn kan..
dlm list nak buat...
sedapnya tengok kak...
Wow..menarik sungguh.. Kreatif la Kak Sari..
Senangnya nak buat? Boleh ya goreng laksa kering tu.. baru tahu.
eh eh ehh.. ketinggalan keretapi pulak akak.. tak tau pulak skrg demam twisties homemade pulak selepas durian crepe.. hehehe.. boleh dicuba nnt ni... hehe.. senang ajekan..
Post a Comment