MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, July 1, 2014

DIARI RAMADHAN 2

ASSALAMUALAIKUM...

SEBELUM keluar ke pejabat semalam, Sk sempat merendam ikan jenahak yang dibeli ER di Pasar Basah Parit Jawa, kelmarin. Ikan jenahak yang tak sampai sekilo pun beratnya tu Sk letakkan di bahagian bawah sekali peti sejuk. Senang nanti nak masak dah lembut dan tak perlu buang masa menunggu. Sk ingat nak singgah kedai Aceh juga, beli sayur dan lada merah untuk dibuat sambal belacan. Jenahak tu buat masak kari taruk bendi banyak-banyak.. sedapnya lahaiiii.

Ingatkan keluar awal dari pejabat, dapatlah sampai rumah awal. Rupanya tak jugak, pukul 6 baru sampai. Terus capai periuk masak nasi tiga pot untuk dibawa sekali ke sahur pagi tadi. Capai tu.. capai ni.. buat tu.. buat ni... sedar-sedar hari dah semakin gelap. Tak lama dengar bunyi kereta masuk dalam garaj. Dah balik dua beranak tu. Dengan gembiranya dua beranak ni dok menayang apa yang dibeli mereka di bazar Ramadhan. Laaaaaaaaa... buat penat jer bonda masak tau!

"Alaaaaaa... beli sikit jer.." kata ER.

"Yaya beli air jer..." kata Iman.

Sikit??? Ayam percik dua ketul dibeli dari tempat yang berasingan. Menurut ER dia dah beli ayam percik tempat lain. Lepas tu dia singgah satu tempat lagi, dia tanya jer, "Berapa satu?" ER menunjuk ayam percik yang dipotong empat. Tup.. tup pakcik tu terus angkat ayam masuk dalam plastik.. "RM10". Mak Aihhhhh!! "Takpelahhhh babah, dah rezeki dia, kalau babah tak beli, tak habislah pulak ayam dia," hehehehehe.

"Habis ni nak goreng ke tak ikan ni?" Sk tunjuk ikan yang siap berkunyit dan bergaram dalam tipuware.

"Goreng esok sahur jerlah."

"Baik... senang kerja bonda."

Lepas tu Sk nampak ada dua bungkusan lagi, "Apa tu?"

ER tersengih, "Mee rebus ngan Laksa Penang." Agak dahhhhh...

Dan, masa nak buat air cincau (Cincau Sk beli dengan kawan.. sedap tauuuuu) entah siapa yang tak tutup botol ketat dalam peti sejuk semalam, habis setengah botol air tumpah dalam peti sejuk. Haiiiiiiii, luak jugak puasa Sk petang semalam dek marah tak tentu pasal. Masing-masing tak mengaku pulak tu. Takkanlah pulak aku.. kui kui!!

Dan... Gara-gara sibuk mengelap peti sejuk dan lantai yang kebanjiran semalam sudahnya lupa nak tumbuk sambal belacan.. :((((((

2 comments:

  1. tahun ni kononnya berazam nak kurangkan ke bazaar ramadhan, tahun lepas pun rasanya 5-6 kali je ke bazaar ramadhan tu, harap tahun ni kurang lagi...

    selamat berpuasa kak Sari...:)

    ReplyDelete
  2. Saya tak berani plan kak tahun ni. Just go with the flow....

    Kak...kari ikan letak bendi banyak2...sedapnyerrrr....

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...