JOM LENGKAPKAN SARAPAN ANDA BERSAMA DUTCH LADY PUREFARM

Assalamualaikum…

HI..

No automatic alt text available.



Ramai yang menyangka bahawa dengan pengambilan sarapan pagi yang berat sudah cukup untuk membekalkan nutrisi dalam tubuh kita. Tetapi tahukah anda bahawa hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Tidak semua nutrient yang diperlukan terdapat dalam satu hidangan namun dengan meminum susu, ia membantu memenuhi nutrient yang diperlukan oleh tubuh kita. Susu bukan sahaja kaya dengan kalsium, malah membantu membekalkan nutrient penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita seperti protein.

Image may contain: food

Bagi Sk sendiri, segelas susu sewatu sarapan membantu Sk untuk bersedia menyerap lebih banyak nutrient daripada makanan yang Sk ambil sepanjang hari. Dan susu pilihan Sk semestinya Dutch Lady PureFarm yang penuh dengan khasiat. Segelas susu yang Sk minum setiap hari membekalkan tubuh Sk dengan nutrient penting seperti protein, kalsium, Vitamin A, B2 dan D. Susu Dutch Lady PureFarm sentiasa menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat pada waktu sarapan bagi menyemarakkan pagi mereka untuk mengharungi cabaran sepanjang hari.

No automatic alt text available.

Selepas tidur semalaman, tubuh kita memerlukan banyak khasiat dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah antara 8 hingga 12 jam yang lepas. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.

Walaupun begitu Sk juga punya hari yang sibuk sehinggakan tidak sempat bersarapan. Masa nilah Sk akan memastikan agar susu Dutch Lady PureFarm sentiasa ada dalam simpanan. Segelas susu Dutch Lady PureFarm mampu memberi nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat serta cukup senang disediakan bersama dengan bijiran sarapan kegemaran Sk.

Image may contain: food



"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.


Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?



Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.


Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".


"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.


No automatic alt text available.


Sebagai susu No.1 di Malaysia Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:


Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;


Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak , dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;


Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik  dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah atau di tempat kerja;


Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein ;


Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Image may contain: food





Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! 


Jom sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

No automatic alt text available.


Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.



Rujukan

1.                        Role of dairy protein for developing countries, 2017. Jan Steijns.

2.                        Protein, calcium and phosphorous for bone and muscle health. Global Development Nutrition, FrieslandCampina Development Centre AMEA.

3.                        Grovenor & Smolin, 2002.

4.                        Retail Audit for 12 months ending July 2016 in Total Penisular Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd).

5.                        Protein RNI for adults for 2017.

6 .               MOH (2010). Guide to Nutrition Labelling and Claims (as at December 2010). Food Safety and Quality Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

7 comments:

  1. Waaa dah siap task dia..ngajinnn sungguh...

    ReplyDelete
  2. bagus sebenarnya minum susu ni,masa kita patah kaki dlu kan,doctor cakap kat kita, orang perempuan memang tak suka minum susu...hahahah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri...cun nyer gambar...semoga ada luck seri nanti..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan..btw i mmg minum susu ni pun dari dulu....tambah2 masa preggy and breasfeeding..stok sentiasa ada dlm peti ais... hihihii..done following ur blog..jemput singgah ke my blog yer... good luck sis

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih