CARA MASAK SOTONG BUTTER YANG SEDAP DAN BERKRIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum…

MASAKAN mentega atau butter sering menjadi pilihan setiap kali Sk ke restoran makanan laut. Seingat Sk, kali pertama Sk makan masakan butter ni… hurmmm.. tak ingatlah pulak.. hahah. Mungkin ketika bercuti ke Kota Kinabalu kot. Bila balik ke rumah, Sk cuba praktikkan masakan butter yang dikongsikan peniaga tu tapi tetap tak nak jadi sesedap macam di kedai.

Tapi… omputeh kata, practice make perfect.. Sk memang tak pernah serik cuba masakan butter ni sebab ia adalah antara masakan yang menjadi favourite Sk. Sk kannnn.. pabenda yang bukan favourite dia pun tak tahulah.. kuang kuang kuang.

Jadi, semalam Suria Amanda ada minta Sk kongsikan resepi Sotong Butter yang Sk masak kelmarin kerana ia antara makanan kesukaan anaknda beliau, jadi hari ni Sk berbesar hati untuk kongsikan. Sebenarnya banyak kali jugalah Sk kongsikan tapi tak pa, rajin jer nak menaip ni, hahaha.


Okey, yang ni sebenarnya Salted Egg Sotong tau.. Sk lupa semalam, taip butter aje tapi sama ada salted egg atau butter biasa, kaedahnya sama aje, cuma kalau kita masukkan telur masin, kita tak perlu letak garam. Kalau kita tak letak telur masin, kenalah letak garam. Sk kongsikan resepi butter sahaja ya.

Sotong Butter Mudah dan Cepat Lagi Sedap

1 mangkuk sotong saiz biasa yang telah disiang dan dipotong bulat, toskan.
Tepung Serbaguna Bestari (tak kisah nak pedas atau biasa)

Caranya - Masukkan tepung bestari secukupnya dalam plastik kecil dan masukkan sotong.
Kemudian simpulkan plastik dan goncangkan sehingga keseluruhan sotong bersalut dengan tepung.
Panaskan minyak secukupnya. 
Masukkan sotong satu persatu (sekeping-sekeping dan jangan bertindih dalam kuali), 
goreng cepat-cepat, angkat dan toskan di atas jaring atau tapis besi.

JANGAN TOSKAN ATAS TISU DAPUR NANTI SOTONG LEMBIK 

Bila dah habis semua sotong digoreng, plastik tadi campakkan aje dalam tong sampah jadi tak risau sinki tersumbat, hahaha. Sebab tu kena letak tepung secukupnya, jangan membazir, mahal tu tepung bestari..


Sos Butter

1 tbs mentega atau margerin
3 ulas bawang putih cincang
5 biji cili padi cincang
sedikit halia cincang
sedikit daun kari leraikan dari batang
1/2 tin susu cair
1 tsp susu pekat
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa (jangan banyak sebab tepung bestari dah cukup rasa)

Caranya - Panaskan kuali, masukkan mentega, biar cair sekejap.
Tumiskan bawang putih, cili padi dan halia hingga naik bau, masukkan daun kari, kacau.
Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, serbuk lada hitam dan garam.
Kacau sentiasa hingga ianya pekat dan berkrim barulah masukkan sotong yang telah digoreng tadi.

Nota : Jika nak jadikan Sos Telur Masin, hanya gantikan garam dengan 1 biji kuning telur masin yang dilenyek hancur.

Selamat Mencuba :-)


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kaedah sama, bahan aje lain kan...
    Nanti resepi kita petang nanti lain pulak hahahaha...ku tambahkan sesuatu dalam resepi hahahaha..

    ReplyDelete
  2. wowww.. sedapnya kak seri.. selalu buat buttermilk chicken je.. buat yg ni pun nampak senang.. boleh try la next time..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa kak seri! feveret kitaaa sotongg!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!