DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum...

TERINGIN sangat nak makan lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni tapi tang mana pulak nak dapatkan daging salai? Hahaha.  Sk tengok kawan yang tinggal di Negeri Sembilan kongsi gambar kemeriahan gerai-gerai salai di Rembau,  di JB ni manalah nak ada.  Nak salai sendiri pun tak pandai dan tak tahu,  alatannya pun tak ada,  jadi sebab dah teringin sangat kita salai olok-olok ajelah. 

Kalau orang nogori masak lemak cili api cuma tumbuk cili api dan kunyit sahaja,  tapi Sk orang Johor,  dah pernah cuba juga masak lemak tak letak bawang tapi rasa ke laut,  hahhaa.  Jadi,  Sk ikut cara Sk la ya,  lagipun kita yang nak makan, kan. 


Daging Salai Masak Lemak Cili Api

300 gm daging dipotong sederhana
Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian panggangkan atas kuali leper beberapa minit sehingga daging berubah warna.  Hiris daging nipis. 

Bahan tumbuk/kisar:
2 biji bawang merah besar
21 tangkai cili api
1/2" halia

2 batang serai diketuk
1 asam keping
3 helai daun limau purut
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Masukkan daging hiris dalam kuali berserta bahan tumbuk, serai dan santan cair,  buka api dan kacau kuah santan sentiasa hingga mendidih. 
Masukkan santan pekat,  asam keping dan garam. Kacau lagi sehingga mendidih dan jangan sampai pecah santan. 
Masukkan daun limau purut,  kacau sebentar dan tutup api. 

Enak dimakan bersama nasi putih. 

Selingan


Sebenarnya masak Daging Lemak Cili Padi ni sebab Pak Inche nak lauk Daging Negro ni. Ni lah jadinya bila citarasa lain-lain,  hahaha. 


Pak Inche beli di Param,  Sayur Kacang Goreng.  Dia tak perasan banyak tempe,  sudahnya Sk yang kasi perabeh,  hurmmm. 


Hati dan pedal ayam berempah, pun beli dari param.  Dah mula dah dua beli organ-organ haiwan ni,  huhuhu. 


Ada beberapa hari lagi nak puasa,  tak sabar nak cuti uiiii...  Huhuhu. 






3 comments:

  1. sedapnyaaaaaaa kak seri! febret ni! teringin pulak nak menyalai daging...ada jugak pergi beli arang ni kang..hahahahha

    kita pun masak lemak cili padi tak reti kalo tak letak bawang..rasa macam makan cili semata...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dari sehari ke sehari nak buat daging salai lemak ni tapi sejak Noxxa rosak, macam malas nak beli daging huhuhu...

    Tahun ni masak rendang acaner le gamaknya, jenuh le nak rebus huwaaaaaa

    ReplyDelete
  3. aduii... teringin betul nak buat daging salai ni...sedap tu

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih